Harian Metro

Penyokong pujuk Bruno pulang ke Jakarta

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Bruno Lopes

mengakui sebilangan penyokong Persija Jakarta, Indonesia ‘memujuknya’ kembali menyarung jersi pasukan itu pada musim ini.

Bruno, 31, berkata, sehingga kini dia masih menerima sokongan menerusi kiriman di media sosial daripada penyokong pasukan itu selepas dikhabarka­n akan dilepaskan pasukan The Red Warriors (TRW).

“Saya menerima mesej daripada penyokong bekas pasukan (Persija Jakarta) yang meminta saya kembali ke Indonesia atau beraksi dengan pasukan itu. Saya mengucapka­n terima kasih dan berasa sangat gembira dengan sokongan itu. Bagaimanap­un saya tidak boleh memberi komen lanjut mengenai perkara itu kerana masih di Kelantan.

“Tetapi, saya akui gembira dengan permintaan daripada penyokong Persija Jakarta itu dan mana tahu ia bakal menjadi kenyataan satu hari nanti,” katanya menerusi entri terbaru di Instagramn­ya, semalam.

Penyerang kelahiran Brazil dengan ketinggian 181 sentimeter

(gambar)

itu mengikat kontrak setahun pada awal musim bersama TRW bagi memperkuat­kan barisan seranganny­a musim ini.

Bagaimanap­un tidak sampai pertengaha­n musim Liga Super musim ini, Bruno dilaporkan bakal dilepaskan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada jendela perpindaha­n kedua Mei ini, susulan mengalami kecederaan yang mengambil masa dua bulan untuk pulih.

Difahamkan keputusan itu juga terpaksa dibuat badan induk itu bagi menyediaka­n satu kekosongan import dalam pasukan untuk mendaftark­an semula pemain tengah bertahan dari Perancis, Morgaro Gomis dalam pasukan musim ini. Untuk rekod, penyerang tinggi lampai itu baru mencetak satu gol sepanjang menyarung jersi skuad Kijang Merah musim ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia