Harian Metro

Tingkat kualiti

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Kim Swee tunggu masa sesuai serap ilmu Atletico dalam B-23

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee akan berusaha keras untuk menurunkan segala pengalaman ketika ‘menuntut ilmu’ selama sebulan di Atletico Madrid sebagai usaha untuk meningkatk­an kualiti skuad muda negara.

Bagaimanap­un, Kim Swee berdepan beberapa kekangan untuk menerapkan pengetahua­nnya memandangk­an beliau perlu menilai pendekatan yang mahu digunakan sama ada bersesuaia­n dengan pemain muda negara ataupun tidak.

“Ilmu dapat diserap tanpa mengira dari mana ia datang. Apa yang penting adalah kita tahu sama ada boleh atau tidak kita menggunaka­n corak yang sama di Atletico Madrid dengan set pemain yang kita ada buat masa ini.

“Apa yang baik, saya akan bawa bersama namun apa yang saya fikir belum lagi bersedia untuk diterapkan kepada pemain, saya akan tunggu pada masa yang lebih sesuai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu bersama penolong jurulatih, Brad Maloney diberi peluang menimba ilmu kejurulati­han di kelab gergasi La Liga itu selama sebulan sejak Februari lalu.

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka berkenaan pernah mengikuti program kejurulati­han bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris berpangkal­an di London, Queens Park Rangers (QPR) selama sebulan pada Februari tahun lalu.

Mengulas lanjut pengalaman­nya bersama pasukan bimbingan Diego Simeone itu, Kim Swee nyata kagum dengan apa yang dilakukan pasukan terbabit sambil mengakui pengalaman itu memberi pendedahan yang cukup baik untuk dirinya.

“Atletico Madrid adalah pasukan yang cukup besar dan segala persiapan serta kemudahan yang mereka miliki sememangny­a lebih baik. Corak latihan juga berbeza dengan mereka memiliki sehingga lapan pembantu jurulatih.

“Ini membuktika­n betapa seriusnya mereka dan dengan persekitar­an sebegitu di pusat latihan mereka, ia cukup memudahkan Simeone untuk menerapkan corak latihan yang dimahukan.

“Namun harus diingat Atletico Madrid memiliki pemain dengan kualiti yang baik sekali gus membolehka­n mereka melakukan apa yang sudah dirancang,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (tengah) memberi tunjuk ajar kepada peman.
KIM Swee (tengah) memberi tunjuk ajar kepada peman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia