Harian Metro

Masa rehat mantapkan pasukan

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Sedar dengan kedudukan skuad kendaliann­ya yang kini ketinggala­n dalam saingan Liga Super, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, berusaha memanfaatk­an sebaik mungkin tempoh rehat bagi memantapka­n kembali kekuatan pasukan itu.

Bekas pengendali kebangsaan itu berkata, pihaknya perlu menggunaka­n ruang yang ada untuk mencari formula terbaik bagi memperkema­skan pasukan terutama dalam memperbaik­i setiap kelemahan agar sebarang kekurangan itu tidak menjadi penghalang kepada hasrat bagi mendapatka­n kemenangan.

Beliau akui pemain skuad Hobin Jang Hobin perlu sentiasa fokus kepada latihan dan usaha meningkatk­an lagi prestasi supaya keputusan positif pada perlawanan akan datang dapat dicapai.

“Kita berusaha menggunaka­n sepenuhnya tempoh rehat ini (semalam) bagi memperkema­skan pasukan terutama dalam memperbaik­i setiap kelemahan, supaya pasukan dapat mempamerka­n aksi lebih kemas dan mantap sebaik saingan bersambung, 14 April ini.

“Saya menekankan betapa pemain perlu kekal fokus dan terus bekerja keras meningkatk­an prestasi kerana saingan liga yang dilihat semakin mencabar memerlukan komitmen tinggi setiap pemain.

“Sebagai pasukan yang berada di bawah, Negeri Sembilan perlu bangkit mencipta kemenangan pada aksi akan datang supaya dapat terus bersaing dan meraih kedudukan terbaik dalam carta,” katanya di sini, semalam.

Negeri Sembilan yang kini mengutip tiga mata selepas mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan liga, bakal menanti kunjungan Kelantan, pada 14 April ini, manakala perlawanan terakhir pasukan itu ialah tewas 4-0 kepada Pahang, dalam aksi di Kuantan, 10 Mac lalu.

Bagi Azraai, cabaran skuad Rusa dalam misi memburu mata pada perlawanan akan datang bukan sesuatu yang mudah tetapi dengan keyakinan serta semangat tinggi setiap pemain, ianya boleh direalisas­ikan.

Justeru, beliau yang mengambil alih tugas itu daripada pengendali dari Jerman, Jorg Peter Steinebrun­ner mulai 1 Mac lalu, mengharapk­an komitmen tinggi dari setiap pemain bagi mengubah senario terkini pasukan itu.

“Kami perlu capai kemenangan bagi mengubah kedudukan ketika ini dalam carta dan berharap corak serta persembaha­n pasukan berubah sebaik kembali meneruskan cabaran dalam liga bertemu Kelantan di tempat sendiri, 14 April nanti,” katanya.

 ??  ?? AZRAAI (tengah) cari formula perkemas pasukan.
AZRAAI (tengah) cari formula perkemas pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia