Harian Metro

Kerusi panas milik Hamidin?

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Sah tanding jawatan presiden, dapat sokongan padu Exco dalam mesyuarat semalam

Peluang Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cerah apabila beliau kemungkina­n akan menang tanpa bertanding dalam pemilihan kongres badan induk itu, 14 Julai depan.

Pencalonan bagi merebut kerusi panas itu kembali dibuka semalam selepas Exco FAM dalam Mesyuarat Khas Pertama Bagi Penggal 2017-2021 menerima peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu.

Biarpun dalam perlembaga­an FAM membenarka­n sesiapa saja dalam kalangan rakyat Malaysia bertanding merebut jawatan itu pada kongres nanti, namun mereka perlu mendapat pencalonan daripada ahli gabungan.

Melihat kepada sokongan padu Exco FAM ketika ini, kemungkina­n besar Hamidin yang juga setiausaha agung tidak akan dicabar apabila pengumuman calon dibuat pada 11 Mei ini.

Hamidin yang menyandang jawatan tugas setiausaha agung sejak 2013 di bawah teraju tiga presiden iaitu Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Ismail mengharapk­an pemilihan kali ini berjalan lancar tanpa pertanding­an meskipun beliau bersedia berdepan mana-mana calon.

“Selepas mengadakan perbincang­an dengan Tunku Ismail, mendapatka­n pandangan presiden dan setiausaha persatuan bolasepak negeri dan kelab, saya mengesahka­n untuk bertanding pada kongres nanti.

“Bola sepak negara berada di kedudukan bawah, jadi seperti yang TMJ mahukan satu peralihan kuasa yang lancar. Walaupun statut FAM membenarka­n sesiapa rakyat Malaysia untuk bertanding, tapi mereka kena fikirkan kebaikan bola sepak, kita harap ada satu calon saja, kita nak bergerak dalam satu pasukan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

Sebelum ini ada beberapa nama disebut untuk dicalonkan merebut jawatan itu termasuk pemilik kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes dan pemilik kelab Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan selepas Tunku Ismail sah mahu meletakkan jawatannya selepas genap setahun menerajui FAM.

Bagaimanap­un, selain sokongan padu Exco dan ahli gabungan, Hamidin tampak memiliki kelebihan ketara memandangk­an beliau turut mendapat restu TMJ.

“Secara peribadi ini (jawatan presiden) destinasi terakhir saya. Kita tunggu 14 Julai nanti sama ada saya menang atau tak, ada dalam FAM lagi atau tidak. Saya tidak akan ada lagi sebagai Setiausaha Agung FAM,” jelas Hamidin yang mengakui belum memikirkan siapa penggantin­ya untuk menerajui sekretaria­t badan induk itu selepas ini.

 ??  ?? YUSOFF (duduk tengah), Subahan (duduk tiga kiri) dan Hamidin (duduk tiga kanan) bergambar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif di Wisma FAM, semalam.
YUSOFF (duduk tengah), Subahan (duduk tiga kiri) dan Hamidin (duduk tiga kanan) bergambar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankua­sa Eksekutif di Wisma FAM, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia