Harian Metro

‘Tiada perebutan kuasa dalam FAM’

-

Petaling Jaya: Keputusan semua Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi sokongan padu kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk bertanding jawatan presiden membuktika­n tiada sebarang perebutan kuasa dalam badan induk itu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menegaskan Hamidin yang juga setiausaha agung bukan saja mendapat sokonganny­a tetapi juga daripada seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal.

Malah Yusoff yang dipilih sebagai pemangku presiden selepas Mesyuarat Khas Pertama Exco FAM hari ini berharap agar tiada pihak cuba untuk menimbulka­n kekecohan dalam peralihan kuasa pada kongres yang dijadualka­n, 14 Julai depan.

“Saya berharap dengan keputusan sebulat suara daripada semua ahli Exco tadi memberi isyarat jelas bahawa kita mahu proses peralihan ini berjalan lancar tanpa apa-apa kemelut. Mana-mana calon lain (jawatan presiden), bukan tak boleh bertanding tapi lebih baik fikir mengenai kesan kepada bola sepak negara.

“Kalau nak difikirkan, Subahan dan saya pun nak (jadi presiden), kami dah dekat dengan jawatan itu. Tapi kami tolak agenda peribadi bagi memastikan kita terus fokus kepada agenda pembanguna­n bola sepak serta memastikan keharmonia­n dalam FAM,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Exco semalam.

Yusoff sebelum itu mengumumka­n bahawa ahli Exco FAM sebulat suara menerima peletakan jawatan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini (semalam) meskipun ia keputusan berat untuk dilakukan.

Sementara menunggu Kongres FAM Julai depan, Yusoff bakal bertindak sebagai pemangku presiden seperti yang dipersetuj­ui ahli Exco FAM.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dan pengurus skuad bawah 23 tahun negara itu menyatakan tiada perubahan besar akan dilakukann­ya dalam tempoh tiga bulan sebelum kongres.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mengedar kertas pencalonan kepada 20 ahli gabungan untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi menerajui badan induk itu susulan peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n FAM, semua 20 ahli gabungan memiliki kuasa untuk menamakan calon bagi merebut ‘kerusi panas’ itu mulai semalam sehingga pencalonan ditutup pada 11 Mei ini.

“Kertas pencalonan bagi pemilihan jawatan Presiden FAM sudah mula diedarkan kepada semua 20 ahli gabungan, semalam.

“Mereka perlu menamakan calon pilihan sebelum atau pada tarikh akhir ditetapkan iaitu 11 Mei 2018,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Exco FAM semalam sebulat suara menerima peletakan jawatan Tunku Ismail.

 ?? Yusoff Mahadi ?? Mana-mana calon lain (jawatan presiden), bukan tak boleh bertanding tapi lebih baik fikir mengenai kesan kepada bola sepak negara”
Yusoff Mahadi Mana-mana calon lain (jawatan presiden), bukan tak boleh bertanding tapi lebih baik fikir mengenai kesan kepada bola sepak negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia