Harian Metro

Subahan sokong Hamidin

-

Petaling Jaya: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal tampil memberi sokongan penuh kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menerajui badan induk itu dengan menyifatka­n setiausaha agung itu produk Selangor.

Beliau berkata, Hamidin yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dari 1998 hingga 2013 calon terbaik untuk mengisi kerusi Presiden FAM yang ditinggalk­an oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya sebagai Presiden FAS, memang percaya Hamidin adalah calon terbaik. Ia satu penghormat­an apabila TMJ memilih Hamidin sebagai pengganti. Beliau tahu selok belok bola sepak Malaysia, tak ada orang lain selain Hamidin,” jelas Subahan pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama

Exco FAM, semalam.

Kenyataan Subahan itu jelas menutup segala spekulasi kemungkina­n beliau turut berminat untuk menggantik­an Tunku Ismail yang membuat keputusan meletakkan jawatan, genap setahun menerajui FAM pada 25 Mac lalu.

Malah Subahan yang meraih undi tertinggi iaitu 37 untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden FAM pada pemilihan tahun lalu bersikap profesiona­l dengan memberi laluan kepada seorang lagi timbalan presiden, Datuk Yusoff Mahadi untuk menjadi pemangku presiden sebaik ahli Exco badan induk itu menerima peletakan jawatan TMJ, semalam.

“Tahniah kepada Yusoff, saya sebagai timbalan presiden dan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor memang menyokong penuh beliau menjadi pemangku presiden sehingga pemilihan pada Kongres FAM 14 Julai ini.

“Ini kerana beliau lebih layak walaupun ada yang menyatakan sepatutnya, itu... dan ini... (Subahan dipilih) tapi sebenarnya tak timbul masalah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia