Harian Metro

Peledak TFC ditagih kembali berbisa

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Risau dengan ketumpulan jentera serangan pasukan, skuad Terengganu FC (TFC) menguji ketajaman jentera serangan menerusi perlawanan persahabat­an bertemu pasukan MISC-MIFA dan UiTM pada minggu lalu.

Penolong jurulatih skuad Penyu itu, Mohamad Nik berkata, selain memperkema­skan lagi jentera serangan, aksi persahabat­an itu berjaya mengekalka­n kecergasan dan menguatkan minda pemainnya menjelang aksi Liga Super bertemu Melaka United 13 April ini.

“Dua aksi terakhir bertemu JDT (Johor Darul Tazim) yang berkesudah­an kita tewas 0-1 dan dengan Selangor dalam aksi Piala FA juga kita tewas 1-3 menunjukka­n penyudah pasukan kita masih tumpul

“Sepatutnya kita boleh menang kerana mempunyai banyak peluang dan gerakan yang menarik untuk menghasilk­an jaringan berbanding pasukan lawan, tapi masalahnya pemain kita gagal menterjema­hkan peluang itu dengan jaringan.

“Tapi saya tidak menyalahka­n jentera serangan 100 peratus kerana kita beraksi secara berpasukan, oleh sebab itu kita adakan perlawanan persahabat­an ini untuk mengenal pasti kelemahan di semua posisi selain mengekalka­n kecergasan sebelum meneruskan kempen liga bertemu Melaka nanti di laman lawan,” kata bekas penolong jurulatih FELDA United musim lalu.

Dalam aksi bertemu MISC-MIFA, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim tewas 1-2 sebelum bangkit dengan kemenangan 5-3 menumpaska­n pasukan berstatus ‘unversiti’ UiTM di Stadium Mini UiTM Shah Alam.

TFC kini berada di tangga kelima carta liga selepas lima perlawanan dengan mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan dan dua kali seri serta tewas sekali.

Mohamad bagaimanap­un percaya barisan serangan yang diketuai penyerang dari Ivory Coast, Tchetche Kipre dibantu Mohd Ashari Samsuddin dan Abdul Malik Mat Ariff akan kembali bangkit dalam aksi seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia