Harian Metro

Hadiah buat TMJ

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Pemain Harimau Malaya turut terima bonus selepas menang besar ke atas Bhutan

Kemenangan besar 7-0 yang diraih skuad kebangsaan pada aksi persahabat­an menentang Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin menjadi hadiah perpisahan paling bermakna buat bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail sah meninggalk­an kerusi nombor satu FAM, semalam selepas mesyuarat khas Exco badan induk itu menerima peletakan jawatan yang dikemukaka­n beliau pada 25 Mac lalu.

Malah, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mendedikas­ikan kemenangan itu kepada Tunku Ismail yang selama ini memberi sokongan penuh kepada Harimau Malaya.

“Satu pujian harus diberikan kepada barisan pemain dan jurulatih atas kemenangan ini. Kami memang dahagakan kemenangan dan kita boleh lihat pemain berjuang habis-habisan sejak minit pertama hingga tamat perlawanan.

“Tahniah kepada semua kerana tamatkan badi 12 perlawanan tanpa menang dan kemenangan ini juga satu hadiah buat Tunku Ismail kerana sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan. Selain sokongan itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memberikan bonus kepada pemain atas kejayaan menyumbang kemenangan pertama sejak November 2016.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi kenyataan di Facebook rasmi badan induk itu, namun tidak dinyatakan berapa jumlah bonus berkenaan.

“Junjung kasih di atas kesudian Tunku Ismail menganuger­ahkan bonus kepada barisan pemain selepas berjaya meraih kemenangan ini,” kata Hamidin.

Kali terakhir Harimau Malaya meraih kemenangan pada 20 November 2016 ketika menewaskan Kemboja 3-2 dalam saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar dan kemenangan ke atas Bhutan itu juga adalah yang pertama diraih Tunku Ismail selepas dipilih sebagai Presiden FAM pada Mac tahun lalu.

Biarpun gembira dengan kemenangan yang diraih anak buahnya, Cheng Hoe bagaimanap­un tetap mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki untuk mereka menghadapi perlawanan akan datang, terutama dalam Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

“Kami masih perlu memperbaik­i beberapa kelemahan termasuk menajamkan lagi penyudah dan memperkema­skan benteng pertahanan kerana kami perlu juga perlawanan menentang pasukan yang lebih kuat selepas ini.

“Buat sementara waktu, kami akan meneruskan pemantauan bagi menilai sama ada akan mengekalka­n pemain sekarang atau memanggil pemain lain bagi memperkuat­kan pasukan kerana dan akan mengatur perlawanan persahabat­an pada Julai nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia