Harian Metro

Bertarung nyawa satu jam sebelum maut

-

Maradong: Seorang wanita warga emas bertarung nyawa lebih satu jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Tulai, Bintangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Ting Chiew Lang, 71, disahkan maut di Klinik Kesihatan Bintangor, di sini, ketika menerima rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan di depan sebuah gerai buah sebelum dirempuh Toyota Vios yang datang dari arah Sibu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu lelaki berusia 43 tahun tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa yang sedang berjalan di kawasan berkenaan kemudianny­a dirempuh kereta sebelum tercampak beberapa meter.

“Wanita warga emas itu yang tidak sedarkan diri kemudianny­a dibawa anaknya ke Klinik Kesihatan Bintangor, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Alexson berkata, pemandu kereta berkenaan bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan dipandu remuk di bahagian depan.

Beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan dipandu lelaki yang merempuh seorang warga emas di Jalan Tulai, Bintangor.
KEADAAN kenderaan dipandu lelaki yang merempuh seorang warga emas di Jalan Tulai, Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia