Harian Metro

Tetak mati biras

- Junaidi Ladjana news@nstp.com.my

 Lelaki berang diajak bergaduh bertindak membunuh

Berang dicabar dan diajak bergaduh berulang kali, seorang lelaki menetak birasnya hingga mati menggunaka­n parang dalam kejadian di Kampung Sungai Lokan, dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Rizal Daming, 40, ditemui adiknya di kawasan berkenaan jam 6.30 petang dalam keadaan terbaring dengan kedua-dua tangan, muka dan kepala berlumuran darah akibat ditetak.

Susulan kejadian itu, adik lelaki mangsa yang berusia 36 tahun itu membuat laporan bagi membolehka­n siasatan diambil.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan V Shivananth­an berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian, mangsa dikatakan mencabar dan mengajak suspek yang juga birasnya untuk bergaduh.

“Suspek yang berusia 30 tahun itu mulanya enggan dan mengelak untuk bergaduh, namun mangsa terus mencabar. Suspek kemudian menuju ke rumah rakannya lalu mengambil parang panjang.

“Suspek menghampir­i mangsa dan tiba-tiba terjatuh lalu mangsa mengeluark­an pisau yang diselit di pinggangny­a dan terus menikam leher suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shivananth­an berkata, mangsa beredar, manakala suspek yang cedera di leher bangun dan mengejar dengan parang.

“Ketika berada di kawasan ladang sawit, suspek kemudian menetak mangsa berkali-kali dengan parang di kedua-dua tangan, muka dan kepala mangsa sebelum pulang ke rumah dan melarikan diri dengan isterinya,” katanya.

Katanya, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Beluran oleh adiknya dan disahkan meninggal dunia.

“Suspek yang melarikan diri selepas kejadian ditahan jam 9 pagi tadi. Polis turut merampas parang disyaki digunakan suspek yang disembunyi­kan di dapur rumahnya,” katanya.

Siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? LOKASI kejadian lelaki mati ditetak dengan parang di Kampung Sungai Lokan, Beluran.
LOKASI kejadian lelaki mati ditetak dengan parang di Kampung Sungai Lokan, Beluran.
 ??  ?? PARANG digunakan untuk menetak mangsa.
PARANG digunakan untuk menetak mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia