Harian Metro

LTAK tanpa tunai

- Muhd Amirul Faiz Ahmad news@nstp.com.my

Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) menjadi lapangan terbang pertama yang mengguna pakai bayaran tanpa tunai sepenuhnya di negara ini sejajar dengan dasar ekonomi digital diterajui kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kemudahan pembayaran itu akan memudahkan pelancong asing berbelanja, terutama selepas kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan pengendali e-pembayaran Singapura, Singapura Nets, Mac lalu.

“Kerajaan negeri menghargai usaha Malaysia Airports Berhad (MAB) kerana melaksanak­an sistem bayaran tanpa tunai melalui aplikasi vcash. Kini, semuanya mampu dilakukan dengan hanya menggunaka­n peralatan elektronik, khususnya telefon pintar.

“Penekanan Sarawak ke arah ekonomi digital adalah untuk memastikan jangkauan pasaran produk dan perkhidmat­an tempatan lebih meluas.

“Justeru, kita akan menaik taraf kelajuan jalur lebar membabitka­n peruntukan RM1 bilion dengan Kerajaan Pusat bersetuju menyumbang RM500 juta,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian e-Wallet vcash, Fastest Wifi, di LTAK, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri

James Jemut Masing; Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Pengerusi MAB Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l; Pengarah Urusan MAB Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Pegawai Pemasaran DiGi Loh Keh Jiat.

Tahun lalu, LTAK merekodkan kedatangan 5.1 juta pelancong iaitu peningkata­n 3.6 peratus berbanding 2016 dengan dianggarka­n seorang pelancong membelanja­kan sebanyak RM8 seorang.

Selain itu, 27 daripada 39 peruncit di LTAK sudah menyediaka­n perkhidmat­an bayaran tanpa tunai.

MAB menyasarka­n 100 peratus peruncit di LTAK menyediaka­n perkhidmat­an bayaran tanpa tunai, vcash, yang aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Sementara itu, Abang Johari dalam sidang medianya berkata, dua landasan kapal terbang akan dibina di kawasan pedalaman di Sadok, Betong dan Tunok, Hulu Rajang yang menjadi kawasan tumpuan industri pertanian di negeri ini.

“Kerajaan negeri sudah membeli sebuah kapal terbang kargo bernilai RM10 juta untuk digunakan secara khusus mengangkut hasil pertanian untuk dipasarkan bagi pasaran tempatan dan eksport dengan Singapura sudah menunjukka­n minat mahu membeli produk pertanian kita,” katanya.

Beliau berkata, landasan berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Badlisham berkata, sejumlah RM28.9 juta peruntukan disalurkan MAB tahun ini untuk menaik taraf 13 lapangan terbang di Sarawak termasuk LTAK. Inisiatif Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mewujudkan pusat pemeriksaa­n daratan bagi menghalang kemasukan elemen yang mengancam keselamata­n di timur Sabah, diterima baik masyarakat setempat.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, sambutan baik itu dapat dilihat terutama apabila golongan peniaga di laluan Kalabakan-Sapulut kini sudah berani beroperasi pada waktu malam.

Menurutnya, kehadiran pihak berkuasa jelas meningkatk­an keyakinan masyarakat yang tidak perlu lagi berasa bimbang dengan sebarang ancaman jenayah.

Katanya, selepas pusat pemeriksaa­n daratan atau Road Check Point (RCP) diwujudkan di kawasan itu, masyarakat setempat terutama peniaga sepanjang laluan itu semakin yakin dan berani memanjangk­an tempoh operasi perniagaan mereka sehingga malam.

“Berdasarka­n perkembang­an positif itu, pihak ESSCOM bakal melaksanak­an pendekatan sama di laluan Sandakan-Telupid.

“Ini juga dikenal pasti sebagai laluan utama pantai timur ke pantai barat Sabah yang berpotensi digunakan

 Lapangan terbang pertama di negara ini guna aplikasi vcash

penjenayah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hazani berkata, selepas ini pihaknya turut merancang melaksanak­an kaedah sama di lokasi lain yang difikirkan sesuai bagi memastikan keamanan berterusan di negeri ini.

Katanya, ESSCOM merancang mengadakan RCP bersama agensi penguat kuasa lain seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan lain bagi memantapka­n lagi penguatkua­saan.

 ??  ?? ABANG Johari (tiga dari kanan) menyempurn­akan Majlis Perasmian e-Wallet.
ABANG Johari (tiga dari kanan) menyempurn­akan Majlis Perasmian e-Wallet.
 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia