Harian Metro

200 penduduk daftar sertai JKP

-

Sekurang-kurangnya 200 penduduk sudah mendaftar bagi menyertai Jawatankua­sa Penduduk (JKP) bagi kawasan Tudan, Permyjaya, Vista Perdana dan Senadin di sini.

Timbalan Pengerusi JKP Pujut, Malateh Mahmud berkata, penyertaan itu diterima hasil kempen JKP di kawasan berkenaan sejak awal bulan lalu sebagai usaha membantu pihak berkuasa bagi menangani kegiatan jenayah.

Katanya, melalui penyertaan penduduk dalam jawatankua­sa itu, gerak kerja dan rondaan di kawasan berkenaan akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas semua persiapan dilakukan.

“Jumlah penyertaan dijangka meningkat apabila orang ramai melihat hasil daripada penubuhan JKP di kawasan itu,” katanya ketika ditemui ketika kempen JKP di e-Mart Tudan, semalam. Malateh berkata, sebagaiman­a penubuhan JKP Pujut, selepas mula mendapat sambutan apabila orang ramai melihat hasil kejayaan demi kejayaan, ia sekali gus membantu polis mengekang jenayah.

“Justeru, apabila wujud JKP di kawasan berkenaan, ia dapat membantu mengurangk­an kadar jenayah di kawasan perumahan mereka.

“Tambahan pula di kawasan Desa Senadin yang sering berlaku kes kecurian dan pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berminat menjadi sukarelawa­n ini boleh menghubung­i JKP Pujut untuk pendaftara­n.

Untuk rekod, JKP Pujut sudah terbukti berjaya membantu polis dalam menyelesai­kan banyak kes jenayah antaranya pecah rumah, kecurian kenderaan dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia