Harian Metro

Kestabilan politik bawa kemakmuran, pembanguna­n

-

Kota Kinabalu: Kestabilan politik adalah faktor penting yang membawa kemakmuran dan pembanguna­n di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, dalam aspek kemajuan, Sabah ketinggala­n 10 hingga 20 tahun berbanding negeri lain termasuk Sarawak, disebabkan ketidaksta­bilan politik di negeri ini.

“Tetapi apabila UMNO mula masuk ke Sabah, keadaan politik menjadi semakin stabil dan kita dapat memulakan perancanga­n untuk pembanguna­n.

“Itulah sebab terbaik kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memegang tampuk pemerintah­an negara sejak merdeka,” katanya ketika perjumpaan bersama barisan kepemimpin­an dan ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) Sepanggar di sini, kelmarin.

Turut hadir Pemangku Ketua UPKO Sepanggar Christophe­r Motogil dan Setiausaha Penganjur UPKO Pusat Datuk Wong Thien Fook.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha BN Sabah berkata, BN adalah parti pelbagai kaum paling berjaya yang tidak hanya bercakap mengenai

Sebaliknya, beliau berkata, BN sentiasa memberi perkhidmat­an untuk rakyat walaupun keputusan pilihan raya tidak memihak kepada parti itu di kawasan tertentu.

Sementara itu, Abdul Rahman memuji UPKO di bawah kepemimpin­an bekas Presiden, Tan Sri Bernard Dompok dan Pemangku Presiden, Datuk

politik semata-mata. Seri Wilfred Madius Tangau yang disifatkan sebagai parti politik yang matang dan berdisipli­n.

“Kedua-dua pemimpin ini memberi perkhidmat­an yang konsisten dan setia kepada BN.

“Oleh sebab itulah, ahli parti ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menyokong sesiapa saja calon yang dipilih barisan kepemimpin­an BN (untuk Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya.

Beliau juga yakin BN mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam yang dimenangi pembangkan­g pada pilihan raya lalu.

Sempena majlis berkenaan, Abdul Rahman turut mengumumka­n pemberian dua van untuk kegunaan jentera pilihan raya UPKO dan PBS kawasan Sepanggar.

 ??  ?? ABDUL Rahman (kanan) pada Majlis Perjumpaan UPKO Sepanggar.
ABDUL Rahman (kanan) pada Majlis Perjumpaan UPKO Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia