Harian Metro

Katamaran rosak sebelum karam

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

 Saksi ke-38 peroleh maklumat daripada Jabatan Pelabuhan

yang menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap bot sebelum berlepas dari jeti mendapati berlaku kerosakan bot.

Pegawai penyiasat itu turut mengesahka­n pengarah syarikat Golden Sailing Tour, Travel and Car Rental, Chung Ket Siew @ Chung Siaw Ping, 64, adalah pemilik kepada bot katamaran yang berlepas dari jeti Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, sebelum kejadian.

Heryan yang juga saksi ke-38 perbicaraa­n kes berkenaan berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanap­un, apabila ditanya sama ada bot berkenaan terkena objek keras hingga menyebabka­n tenggelam, pegawai penyiasat berkenaan memaklumka­n dia tidak mendapat maklumat mengenainy­a.

Heryan turut memberitah­u siasatan mendapati berdasarka­n kepada lesen yang dikeluarka­n, bot berkenaan hanya boleh membawa 12 penumpang dan dua kru.

Dalam perbicaraa­n itu, Ket Siew, 64, Leong Vin Jee, 45, dan juragan bot, Sharezza Salian, 27, dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan kepada 20 pelancong China berikutan kecuaian dan membahayak­an nyawa manusia atau keselamata­n diri orang lain.

Mereka turut dituduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabka­n kematian empat pelancong China yang terbabit.

Ket Siew dan Vin Jee diwakili peguam Edward Paul serta Elffie Johnny manakala Sharezza diwakili peguam Michelle Usman dari Yayasan Bantuan Guaman Nasional. Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk keputusan.

Pada 28 Januari 2017, 20 pelancong China dan dua kru termasuk Sharezza terselamat, empat pelancong meninggal dunia manakala lima gagal ditemui.

 ??  ?? HERYAN membawa keluar jaket keselamata­n yang diguna mangsa insiden bot Katamaran karam di perairan Pulau Mengalum, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
HERYAN membawa keluar jaket keselamata­n yang diguna mangsa insiden bot Katamaran karam di perairan Pulau Mengalum, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia