Harian Metro

RUU berita palsu lindungi rakyat

-

“Mereka yang memiliki kilang berita palsu saja menentang Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018,” tegas Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Ketika mengulas mengenai segelintir pihak yang membantah akta itu, Sapawi berkata, berikutan golongan berkenaan dilihat tidak senang melihat keharmonia­n negara yang dikecapi ketika ini hasil pentadbira­n telus kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, RUU dijangka diluluskan Parlimen minggu ini diperkenal­kan sebagai langkah menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan yang dilihat maklumat begitu mudah diperoleh, seterusnya disebar tanpa pasti kesahihann­ya.

Katanya, undang-undang itu jelas bertujuan melindungi kepentinga­n semua pihak di negara ini membabitka­n institusi masyarakat, keluarga dan pelbagai cabang aspek lain, seperti ekonomi dan sosial.

“Golongan yang menentang RUU ini sebenarnya mempunyai matlamat untuk menjejaska­n kemakmuran dan keharmonia­n dikecapi sekian lama dan sewajarnya RUU ini dipertahan­kan, sekali gus menolak budaya fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Karnival Sukan Parlimen Sipitang dan Penyampaia­n Hadiah Final Liga Bola Sepak Veteran Piala Ahli Parlimen Sipitang di Dataran Gata, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa.

Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu ada kerosakan pada bot katamaran yang membawa 28 pelancong China ke Pulau Mengalum sebelum berlakunya insiden bot terbabit karam, dua tahun lalu.

Perkara itu diberitahu Asisten Superinten­dan Heryan Mohd Tahir, 37, yang mengetahui­nya selepas mengambil kenyataan daripada pegawai Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Dalam hujah balas Timbalan Pendakwa Raya, Nartiah F Mirchelle Sambatan, Heryan berkata, pegawai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia