Harian Metro

Pesara tentera mati tertembak diri sendiri

-

Samarahan: Pesara tentera ditemui mati dipercayai tertembak diri sendiri ketika keluar memburu di hutan berhampira­n Kampung Mang, di sini, pagi kelmarin.

Bong Francis, 46, ditemui anak dan rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai jam 8 pagi.

Lelaki terbabit dikatakan ke kawasan sungai berkenaan untuk membuang air besar sementara anak dan rakannya yang lain menunggu tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern berkata, rakan mangsa terdengar bunyi tembakan dari arah sungai selain mendengar jeritan mangsa sebelum bergegas ke kawasan berkenaan bagi meninjau apa yang berlaku.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi sungai berkenaan.

“Anak lelaki dan rakan mangsa kemudian bergegas membawa mangsa pulang ke rumahnya di Asajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa terkena tembakan pada rusuk kiri, paha kanan, punggung kiri serta lebam pada rusuk kanan.

Menurutnya, berdasarka­n laporan yang diterima, mangsa dikatakan keluar memburu di hutan berhampira­n menaiki dua kereta bersama anak dan rakannya.

“Polis merampas tiga senapang dan peralatan yang dibawa ketika memburu milik mangsa bersama rakannya untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati ketika ditemui senapang itu berada di kanan badan mangsa dan dipercayai tertembak dirinya,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia