Harian Metro

PAKAR KIMPALAN DALAM AIR

- Dawum garret@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Biarpun berisiko tinggi terkena renjatan elektrik setiap kali melakukan tugas kimpalan di dalam air, ia langsung tidak menghalang Nurizzati Athira Mohamad Yusoff, 21, untuk terus berkhidmat sebagai jurukimpal dasar laut sejak setahun lalu.

Atas keberanian dan komitmen tinggi terhadap tugas ditunjukka­n, Nurizzati diiktiraf sebagai jurukimpal dalam air wanita pertama di Malaysia oleh badan standard kimpalan dunia (ITDA).

Menurut Nurizzati, minat terhadap kerjaya itu bermula apabila dia kerap menonton video di Youtube mengenai keberanian jurukimpal melakukan tugas mencabar itu di dasar laut.

“Berikutan itu saya memilih kursus Kimpalan dan Teknologi di Kolej Vokasional Taiping selepas peperiksaa­n Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Saya sedar kerjaya ini tidak popular, apatah lagi untuk orang perempuan tapi peluang mendapatka­n pekerjaan amat tinggi,” katanya.

Anak kelahiran Selama, Perak itu berkata, dia turut memilih kerjaya mencabar itu untuk mengatasi rasa fobia terhadap air, selain menguasai kemahiran berenang dan menyelam.

Katanya, dia berdepan pelbagai kesukaran ketika baru memulakan tugas, malah sepanjang mengikuti pengajian dia adalah satu-satunya pelajar wanita yang mengikuti kursus kimpalan.

“Memang kekok untuk bergaul dan berinterak­si dengan lelaki, namun tak pernah putus asa atau terfikir untuk berhenti daripada mengikuti kursus kimpalan. Hasilnya saya menjadi antara pelajar terbaik meskipun kebolehan saya pernah diperkecil­kan.

“Sekarang, saya berasa amat seronok setiap kali bertugas. Sebelum ini saya pernah menyelam pada kedalaman 30 meter atau hampir sama tinggi dengan bangunan 20 tingkat untuk melakukan kerja kimpalan dan memotong batang paip.

“Tugas ini dilakukan secara bergilir-gilir, paling lama penyelam berada di dalam air cuma sejam saja,” katanya yang kini turut menjadi tenaga pengajar kursus penyelam komersial dan kimpalan dalam air sebuah pusat latihan.

Nurizzati yang dipilih sebagai Ikon Kolej Vokasional baru-baru ini memberitah­u dia kini diberi kepercayaa­n melatih individu berminat mengikuti kursus dimpalan di dalam air.

Menurutnya, upah diterima setiap kali menyelam agak lumayan kerana dibayar antara

RM300 hingga

RM500 mengikut tugas perlu diselesaik­an.

Anak kedua daripada empat adik-beradik itu berkata, ibu bapa antara yang memberikan sokongan dan dorongan kepadanya agar terus maju dalam karier diceburi.

“Ibu bapa tidak pernah menentang sebaliknya tak putus beri semangat, tapi mereka kerap ingatkan saya agar berhati-hati, kerana kerjaya ini amat berisiko.

“Selain risiko terkena renjatan elektrik, saya juga perlu bedepan ombak dan arus yang kuat. Namun saya memberanik­an diri dan tempuhi semua cabaran itu kerana mahu ubah persepsi kerjaya jurukimpal hanya untuk lelaki saja.

“Saya mahu wanita aktif dalam pelbagai lagi tugas lasak lain dan buktikan kaum hawa juga boleh bersaing dengan lelaki,” katanya.

“Sekarang, saya berasa amat seronok setiap kali bertugas. Sebelum ini saya pernah menyelam pada kedalaman 30 meter atau hampir sama tinggi dengan bangunan 20 tingkat untuk melakukan kerja kimpalan”

Nurizzati Athira Mohamad Yusoff  Nurizzati diiktiraf sebagai jurukimpal dalam air wanita pertama di Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? NURIZZATI ketika menjalanka­n tugas kimpalan.
NURIZZATI ketika menjalanka­n tugas kimpalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia