Harian Metro

BAYAR 3 PERCUMA 2

 DBKL tawar pelihara lima bulus percuma dua

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Cuma perlu bayar RM15 hingga RM35 sahaja untuk mengambil kucing atau anjing sebagai haiwan peliharaan angkat yang sebelum ini ditangkap Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Azli Syam Mohd Anuar berkata, jika ada berminat memelihara lima kucing, bayaran hanya dikenakan untuk tiga ekor sahaja manakala dua lagi diberikan secara percuma.

“Kami buka peluang ini kepada orang ramai kerana mahu mengelak daripada melupuskan haiwan itu selepas 16 hari tidak dituntut atau diangkat berdasarka­n kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sejak sekian lama.

“Saya sendiri bela kucing dan mengambil kesempatan untuk menjaga kebajikan haiwan ini dengan menangguhk­an proses pelupusan.

“Berikutan itu saya mengajak orang ramai untuk menjadikan kucing atau anjing ditangkap sebagai haiwan angkat,” katanya.

Azli Syam, menasihatk­an orang ramai agar tidak membuang haiwan masing-masing jika tidak lagi berminat untuk membelanya kerana ia akan mengganggu ketenteram­an awam.

Beliau berkata, hampir setiap hari pihaknya menerima aduan daripada penduduk sekitar ibu kota mengenai kehadiran haiwan liar itu.

“Susulan aduan diterima kami buat siasatan barulah operasi menangkap dilakukan unit kawalan khas. Kami tidak ada pilihan selain melupuskan haiwan berkenaan selepas tempoh ditetapkan.

“Ada juga antara haiwan ini yang berpenyaki­t dan sukar diubati. Berikutan itu kami mengalu-alukan orang ramai atau persatuan mengambil haiwan di pusat kurungan untuk dipelihara,” katanya.

Berkenaan Pusat Kawalan Pest DBKL di Jalan Loke Yew, beliau berkata, persekitar­an premis itu kerap dibersihka­n kakitangan bertugas, selain haiwan ditangkap diberikan makanan secukupnya.

“Pusat ini masih terkawal dan kami pernah memanggil serta membawa wakil Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor (CATS) bersama rombongan Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) untuk melihat sendiri haiwan di sini, bagi mengelakka­n persepsi negatif.

“Begitu juga dengan tangkapan haiwan, kami mematuhi SOP yang ditetapkan dan sangat menjaga kebajikan haiwan ini,” katanya.

Selain itu katanya, haiwan di pusat berkenaan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan sihat sehingga tiba tempoh pelupusan.

“Kami mementingk­an kebersihan, jadi kucing atau anjing ditangkap turut dimandikan, pegawai veterinar juga jalankan pemeriksaa­n,” katanya.

FAKTA Persekitar­an premis kerap dibersihka­n kakitangan

bertugas

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia