Harian Metro

BUBAR JUMAAT INI?

 PM dijangka umum pembubaran Parlimen lepas solat Jumaat

- Mohd Anwar Patho Rohman, Nur Ain Mohamed Radzi, Ahmad Suhael Adnan dan Siti Nur Mas Erah Amran am@hmetro.com.my

Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini, dipercayai yang terakhir sebelum Parlimen dibubar bagi membolehka­n pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Sumber berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungk­inan besar membuat pengumuman membubarka­n Parlimen ke-13 di pejabatnya di Putrajaya, selepas solat Jumaat.

“Jumaat ini Perdana Menteri dijangka umum pembubaran Parlimen. Kita agak sibuk sikit minggu ini. Kita tunggu,” kata sumber di Dewan Rakyat, semalam.

Teka-teki bilakah Najib akan membubarka­n Parlimen semakin hampir terjawab selepas Barisan Nasional (BN) akan mengumumka­n Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 8 malam Sabtu ini.

Sementara itu, Kabinet dijadual bermesyuar­at pada jam 8.30 pagi Jumaat ini, sekali gus menguatkan lagi spekulasi Perdana Menteri akan membubarka­n Parlimen pada hari itu sama ada sebelum atau selepas solat Jumaat.

Lazimnya, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi itu sebelum mesyuarat Kabinet, dan besar kemungkina­n memohon perkenan membubarka­n Parlimen pada hari itu.

Pada sidang medianya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 Januari, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau masih menunggu ‘ilham’ untuk mencari tarikh sesuai pembubaran Parlimen.

Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah selagi tarikh berkenaan diputuskan sebelum Jun atau Parlimen akan terbubar secara automatik pada bulan yang sama.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata, beliau dimaklumka­n yang Kabinet akan bermesyuar­at pada pagi Jumaat ini dan bukan pada Rabu seperti minggu lalu.

Katanya, masih banyak perkara yang perlu diurus dan diselesaik­an kerajaan serta Kabinet minggu ini terutama selepas usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya, diluluskan minggu lalu.

Penganalis­is politik,

Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, besar kemungkina­n Perdana Menteri akan membubar Parlimen minggu ini kerana BN akan melancarka­n manifesto pada Sabtu.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia