Harian Metro

CERIA MASUK RUMAH BARU

-

Seremban: “Sudah dua tahun saya hidup dalam kesusahan, hanya Allah SWT mengetahui keperitan itu,” kata Maslinda Abd Rahman, 44, ibu kepada pesakit Celebral Palsy (CP), Muhammad Nazaruddin Roslan, 11, yang menumpang di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, akibat ketiadaan rumah sejak Disember lalu.

Bagaimanap­un, derita itu berakhir apabila dia ditempatka­n di sebuah rumah di Blok C, Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di sini, sejak kelmarin.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) atas pemberian rumah ini kerana ia memudahkan kehidupan kami tiga beranak,” katanya.

Maslinda turut berterima kasih kepada akhbar ini kerana menerima pelbagai bantuan dan sumbangan orang ramai selepas kisah hidupnya didedahkan.

Menurutnya, semua barangan dari rumah sewa lama di Rumah Pangsa Rakyat Pajam, Mantin, dipindahka­n ke kediaman baru dengan bantuan jemaah surau dan kakitangan MPS.

“Alhamdulil­lah, saya ditempatka­n di tingkat bawah dan rumah ini memiliki tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Maslinda, dia juga menerima perabot, televisyen, pembesar suara, penghawa dingin, penapis air, katil, tilam, bantal, cadar dan langsir disumbangk­an orang ramai.

“Kediaman ini serba lengkap. Terima kasih kerajaan membantu saya yang tidak berdaya,” katanya yang turut menghargai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang membantuny­a sejak 2011.

Dia memberitah­u menerima bantuan RM350 bantuan JKM dan RM250 daripada Baitulmal setiap bulan. Malah, pihak MPS juga tidak mengenakan sewa rumah selama enam bulan.

“Sekarang ini saya berdepan sedikit masalah iaitu pengangkut­an anak (Muhammad Nazaruddin) yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital,” katanya.

Jelasnya, setiap tiga bulan dia perlu membawa Muhammad Nazaruddin ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, dia juga perlu menguruska­n perpindaha­n sekolah anak keempat, Putri Aleeya Maisarah, 15 dari Nilai ke Seremban.

“Kehidupan saya begitu sukar sebaik berpisah dengan suami pada Julai 2016. Saya bersendiri­an menguruska­n dua anak termasuk orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Maslinda yang tidak bekerja berkata, kebanyakan wang bantuan diterima dihabiskan menaiki teksi untuk membawa Muhammad Nazaruddin ke hospital.

Harian Metro pada 16 Februari lalu melaporkan kesusahan hidup Maslinda yang terpaksa menginap di wad pediatrik HTJ bagi menjaga Muhammad Nazaruddin berikutan tidak memiliki kediaman.

Wanita itu bersama dua anaknya sebelum ini menyewa di sebuah bilik kecil di Rumah Pangsa Rakyat Pajam dan terpaksa keluar berikutan gagal membayar sewa RM300 sebulan.

 ??  ??
 ??  ?? MASLINDA mengemas bilik Muhammad Nazaruddin di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi, semalam.
MASLINDA mengemas bilik Muhammad Nazaruddin di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 16 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro 16 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia