Harian Metro

TABAHLAH LIYANA

 Wanita derita penyakit Hiper Tiroid, masalah buah pinggang dan jantung

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

> Penderitaa­n jelas terpapar pada wajah Nurliyana Abdul Raziff, 32, apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabka­n mulut terkeluar dan penglihata­nnya terjejas. Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram (kg) kepada 23kg dan ketinggian menurun 0.2 meter berikutan penyakit Hiper Tiroid dialaminya sejak dua tahun lalu, lapor Norizuan Shamsuddin

Turutderit­a penyakitbu­ah pinggangda­n jantung

Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita itu sejak dua tahun lalu.

Penderitaa­n jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabka­n mulut terkeluar dan turut menjejaska­n penglihata­nnya.

Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggian­nya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

“Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyork­an dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.

Liyana berkata, disebabkan sukar untuk makan, dia hanya bergantung kepada susu khas yang dibeli di farmasi pada harga RM8 sekotak dengan sukatan empat kotak sehari.

Menurutnya, sejak berusia sembilan tahun, dia dikesan mengalami Sistemik Lupus Eritematos­us (SLE) atau lupus yang menyebabka­n antibodi dalam badannya lemah menyebabka­n dia mudah diserang penyakit.

“Pada 2009 saya disahkan mengalami masalah buah pinggang dan perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu di Hospital Serdang, Se- langor.

“Kemudian saya diuji lagi penyakit Hiper Tiroid pada awal 2016. Pada mulanya terdapat benjolan kecil di bahagian mulut dan ia semakin membesar.

“Doktor pakar memaklumka­n risiko untuk melakukan pembedahan tinggi kerana jantung dan antibodi saya lemah.

“Kini saya bergantung kepada ubat dibekalkan hospital sehingga doktor pakar menemui kaedah untuk melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan tiroid ini,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Bukit Inai, Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

Liyana yang sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga berkata, dia bersyukur kerana suami, Mohd Taufiq Abdullah, 40, tetap bersama di sisi memberikan semangat untuk menghadapi ujian dan banyak berkorban untuk menjaganya.

Katanya, suaminya yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang mengambil cuti tanpa gaji bagi menghantar­nya ke hospital.

“Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu suami mengambil cuti tanpa gaji untuk mengurus dan menghantar saya ke Hospital Serdang bagi menjalani dialisis selain perlu berjumpa pakar tulang, mata dan jantung bagi pemeriksaa­n susulan.

“Malah, sekiranya keadaan kesihatan membimbang­kan, saya ditahan di wad bagi rawatan dan sudah pasti suami tidak dapat bekerja kerana perlu menguruska­n saya di hospital,” katanya.

Jelas anak sulung daripada empat beradik itu, dia juga meminta ihsan keluarga dan rakan bagi menampung kos perbelanja­an rawatan selain susu khas yang perlu diminum setiap hari.

“Kami membelanja­kan RM1,000 sebulan untuk susu saja tidak termasuk kos pengangkut­an ke hospital dan perbelanja­an lain.

“Syukur kami mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak empat bulan lalu dan ia membantu meringanka­n beban suami,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­nnya menerusi akaun Bank Islam milik Nurliyana 0505802014­5124.

Risiko untuk pembedahan tinggi kerana jantung dan antibodi saya

lemah

Nurliyana

 ??  ?? MOHD Taufiq menguruska­n Nurliyana yang kehilangan berat badan dan ketinggian menyusut. NURLIYANA ber s ama suaminya sebelum menghidap penyakit Hiper Tiroid.
MOHD Taufiq menguruska­n Nurliyana yang kehilangan berat badan dan ketinggian menyusut. NURLIYANA ber s ama suaminya sebelum menghidap penyakit Hiper Tiroid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia