Harian Metro

Hasrat terakhir arwah Abu Zarin

-

Kuantan: Allahyarha­m Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular berhasrat berhenti daripada mengendali­kan reptilia berbisa itu apabila bertukar ke Terengganu.

Niat anggota bomba itu disampaika­n kepada isteri, Azeana Farhana Mohd, 31, sebelum ini apabila dinasihati tidak terus melakukan tugasan itu kerana ia mengundang bahaya.

Namun, ajalnya tiba lebih awal apabila arwah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, 16 Mac lalu, selepas dipatuk tedung selar. Azeana Farhana berkata, dia kerap menasihati arwah tidak meneruskan aktiviti deKuala ngan haiwan berbisa, namun arwah Abu Zarin memintanya bersabar.

“Dia berjanji mahu berhenti mengendali­kan hidupan berbisa jika dapat ke Terengganu kerana sebelum ini ada minta bertukar namun permohonan­nya masih dalam proses.

“Jika dapat bertukar, arwah kata mahu jadi jurulatih dan tidak perlu menangkap ular dan haiwan berbisa lain. Tetapi takdir Allah melebihi segala-galanya,” katanya.

Dia ditemui pada Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Azeana Farhana mewakili arwah menerima Anugerah Kebesaran Jabatan, Anugerah Khidmat Cemerlang dan sumbangan RM10,000 daripada kerajaan negeri yang disampaika­n Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut hadir, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan timbalanny­a, Mohd Sani Harul.

 ??  ?? ARWAH Abu Zarin berhasrat
berhenti menangkap ular jika permohonan
pindah ke Terengganu
lulus.
ARWAH Abu Zarin berhasrat berhenti menangkap ular jika permohonan pindah ke Terengganu lulus.
 ??  ?? WAN Mohd Noor menyampaik­an anugerah kepada Azieana Farhana yang mewakili arwah Abu Zarin.
WAN Mohd Noor menyampaik­an anugerah kepada Azieana Farhana yang mewakili arwah Abu Zarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia