Harian Metro

Jihad anak berbakti kepada ibu bapa

Tidak sempurna amal ibadat jika abai kebajikan orang tua

- Penulis ialah pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Berbakti kepada ibu bapa adalah jihad sebagai seorang anak. Ia perlu dimanfaatk­an sepenuhnya kerana reda Allah SWT kepada kita bergantung pada reda ibu bapa.

Lebih malang sekiranya seseorang anak itu derhaka terhadap orang tuanya. Ingatlah memelihara dan menjaga ibu bapa ketika mereka sudah uzur adalah perintah daripada Allah SWT.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 83, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “…janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah solat serta berilah zakat…”

Tidak sempurna amal ibadat seseorang dengan hanya mentaati Allah dalam perkara solat, puasa atau menunaikan ibadat haji saja sedangkan urusan penjagaan ibu bapa terabai. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahka­n supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduaduany­a atau kedua-duanya sekali sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaan­mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ha’. Janganlah engkau menengking atau

menyergah mereka. Katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).” (Surah

al-Israk, ayat 23)

Sebagai anak, apatah lagi yang mempunyai pendapatan sendiri dan berkeluarg­a, urusan memelihara dan berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa tidak boleh dicuaikan.

Urusan mulia itu tetap tertanggun­g pada diri kita. Jangan kerana kesibukan kerja, urusan ibu bapa sering dipinggirk­an.

Penulis pernah membaca kisah yang pernah dilaporkan akhbar ini, seorang anak lelaki sanggup berhenti kerja di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halamannya demi menjaga bapanya yang lumpuh.

Seperti apa yang dilaporkan,

““…janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah solat serta berilah zakat…”

Surah al-Baqarah, ayat 83

anak muda berhati luhur berusia 28 tahun itu adalah anak kelima daripada enam beradik.

Dia nekad mengambil keputusan berhenti kerja dengan niat untuk menjaga bapa yang uzur selepas menghidap penyakit angin ahmar.

Begitulah mulianya hati seorang anak yang perlu diteladani. Menjaga dan berbuat baik kepada bapa yang sedang uzur adalah lambang dia taatkan perintah Allah SWT.

Walaupun hilang sumber pendapatan, dia tidak pernah menyesal atau mengeluh dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Allah SWT Maha Melihat setiap gerak-geri hambaNya. Pasti Allah sangat reda dengan apa yang sudah dan sedang dilakukann­ya. Rezeki di dunia yang hilang masih boleh diikhtiar, namun ‘rezeki’ di akhirat hanya untuk si pembuat amal kebaikan.

Firman Allah SWT dalam

Surah Luqman, ayat 14

yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandung­kannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukan­nya) dan tempoh menceraika­n susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurl­ah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, seharusnya mengambil ruang dan peluang yang masih tersaji untuk melakukan ‘jihad’ di jalan Allah dengan memelihara dan berbuat yang terbaik kepada kedua-dua mereka.

Tidak perlu menggalas senjata bertempur di medan juang bagi mencapai status ahli jihad fisabilill­ah. Sebaliknya, memadai buat kita menjaga ibu bapa dengan penuh rasa tanggungja­wab.

Ingatlah, pintu syurga bagi yang taatkan Allah SWT dengan amalan solat, puasa dan haji tetap tidak terbuka seandainya mengabaika­n amalan berbuat baik kepada ibu bapa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia