Harian Metro

‘Saya sangat bertuah’

Cincin pertunanga­n Paris Hilton tercabut ketika menari ditemui semula

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Paris Hilton bernasib baik apabila cincin berlian miliknya yang bernilai RM7.73 juta ditemui semula di sebuah kelab malam di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Penyanyi dan usahawan berusia 37 tahun itu berparti di kelab berkenaan bersama tunangnya, Chris Zylka sebelum cincin pertunanga­n itu ‘terbang’ daripada jarinya.

Menurut Hilton, cincin 20 karat itu terlepas dari jarinya ketika menari kerana terlalu berat dan besar.

“Cincin itu tercampak ke dalam bekas ais atas meja berhampira­n. Syukur tunang berjaya menemui semula cincin itu sebelum ia diambil individu lain yang sudah tentu tidak akan mengembali­kannya semula.

“Saya sangat bertuah!” tulisnya dalam Twitter.

Bukan mudah bagi

Zylka, 32, dan pasukan keselamata­n mencari cincin terbabit berikutan kelab berkenaan luas dan boleh memuat seramai 7,000 pengunjung.

Pasangan itu mengikat tali pertunanga­n pada awal Januari lalu dan Hilton turut berkongsi berita baik itu di Instagram.

Sementara itu, pasangan berkenaan mengesahka­n hanya mengadakan satu majlis resepsi perkahwina­n dan bukan tiga seperti dikhabarka­n.

Hilton turut memberitah­u tertekan menguruska­n resepsi perkahwina­nnya yang akan berlangsun­g sekitar tahun ini.“Walaupun hari

“Saya tidak dapat bayangkan sekiranya melangsung­kan tiga resepsi. istimewa, tiga resepsi adalah terlalu banyak,” katanya.

Syukur tunang berjaya menemui semula cincin itu sebelum ia diambil individu lain yang sudah tentu tidak akan mengembali­kannya semula

hilton

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia