Harian Metro

Syria kuasai semula Ghouta Timur

-

Douma: Tentera Syria menawan bandar terakhir dikuasai pemberonta­k di Timur Ghouta semalam selepas perjanjian dicapai bagi membolehka­n kumpulan penentang dan orang awam meninggalk­an kawasan berkenaan.

Perjanjian yang diatur oleh Russia itu, menyaksika­n kumpulan Jaish al-Islam, meninggalk­an bandar utama Timur Ghouta, Douma, untuk ke wilayah yang masih dikuasai pemberonta­k di utara negara itu, lapor media dan kumpulan pemerhati.

Tiada pengesahan diterima daripada pemberonta­k, tetapi tentera Russia berkata, ia sudah mencapai persetujua­n awal pengundura­n kumpulan berkenaan dari Timur Ghouta yang terletak berhampira­n Damsyik.

Tiada tarikh diberikan untuk tujuan pengundura­n dan Moscow berkata, pemberonta­k dijangka membuang periuk api daripada bangunan dan membersihk­an sekatan jalan raya sebelum meninggalk­an Douma.

Kejayaan menawan semula Timur Ghouta menjadi kejayaan besar kepada usaha Presiden Bashar al-Assad mengambil alih wilayah yang dirampas pemberonta­k dalam perang saudara di negara itu yang masuk tahun ketujuh.

Dengan sokongan Russia, tentera Syria mencapai banyak kejayaan menewaskan pemberonta­k sejak beberapa tahun ini, menerusi kempen kepungan, pengeboman udara dan serangan darat yang mencetuska­n kritikan antarabang­sa.

Agensi berita SANA melaporkan, Jaish al-Islam akan menuju ke Jarabulus di Aleppo, manakala Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia berkata, mereka juga akan menuju ke Al-Bab, kedua-dua bandar yang dikuasai pemberonta­k pro-Turki.

Perjanjian itu menyaksika­n polis tentera Russia memasuki Douma dan institusi kerajaan kembali ke bandar itu. – AFP

 ??  ?? ANGGOTA pemberonta­k menggunaka­n telefon bimbit ketika menaiki bas untuk keluar dari bandar Douma di Ghouta Timur kelmarin. - Reuters
ANGGOTA pemberonta­k menggunaka­n telefon bimbit ketika menaiki bas untuk keluar dari bandar Douma di Ghouta Timur kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia