Harian Metro

Gangguan sampai 12 jam

 Jiran gadis diikat orang minyak rebah dirempuh dalam rumah

- Mohamad Zulhairie Manzaidi dan Rosliza Mohamed cnews@nstp.com.my

Seorang jiran rebah dipercayai dilanggar makhluk itu ketika berada dalam rumah saya”

Kamarulzam­an Mat Yunus

Keluarga remaja perempuan yang dikatakan diganggu orang minyak kerap mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi mengelak gangguan itu berterusan.

Bapanya, Kamarulzam­an Mat Yunus, 44, berkata, amalan itu dilakukan sejak Ahad lalu dan ia diteruskan hingga gangguan itu benar-benar berakhir.

“Kami akan laksanakan solat ini dan bacaan Yasin. Setakat ini, ia masih berlaku dan hingga kini, empat cermin tingkap termasuk bilik air pecah.

“Kejadian terbaru semalam (kelmarin), apabila gangguan bermula dari jam 5 petang hingga jam 5 pagi tadi (semalam). Malah, seorang jiran rebah dipercayai dilanggar makhluk itu ketika berada dalam rumah saya.

“Namun tiada siapa antara kami nampak kelibatnya dan akibat rempuhan itu, jiran sukar bangun beberapa minit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu, anak Kamarulzam­an, Nik Anis Ashira, 17, mendakwa orang minyak mengikat tangan, kaki dan perutnya selepas ditarik dari belakang ketika menyidai kain di belakang rumah.

Dia mendakwa seperti dipukau dan hanya sempat menjerit beberapa saat selepas diikat sebelum makhluk itu melarikan diri menerusi tingkap.

Sementara itu, Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, keluarga yang diganggu orang minyak boleh mengamalka­n ayat Kursi dan doa Nabi Sulaiman serta berzikir sebagai pelindung.

“Sebagai umat Islam, ayat al-Quran penting untuk diamalkan selain amalan ayat Kursi dan doa Nabi Sulaiman. Manusia akan dilindungi dengan izin Allah,” katanya ketika dihubungi, di sini.

 ??  ?? MOHAMAD FAIRUZ Ab Rashid menunjukka­n laporan akhbar Harian Metro mengenai gangguan orang minyak.
MOHAMAD FAIRUZ Ab Rashid menunjukka­n laporan akhbar Harian Metro mengenai gangguan orang minyak.
 ??  ?? TALI dan batu yang didakwa digunakan orang minyak untuk memecahkan cermin rumah penduduk.
TALI dan batu yang didakwa digunakan orang minyak untuk memecahkan cermin rumah penduduk.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia