Harian Metro

Usah mudah kongsi butiran diri

-

Kuala Lumpur: Sikap pengguna telefon pintar yang mengambil mudah dan tidak kisah berkongsi butiran diri yang sebenarnya sulit ketika memuat turun sesuatu aplikasi serta kewujudan malware menjadi antara penyumbang kebocoran maklumat peribadi.

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Azizol Abdullah berkata, tanpa disedari malware yang wujud menyedut maklumat dan data milik pengguna telefon pintar terbabit.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabka­n berlaku kecurian maklumat dan butiran pengguna telefon pintar terbabit mungkin digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang atau aktiviti jenayah.

Menurutnya,

ia menjadi antara faktor bagaimana pihak lain boleh mengakses maklumat peribadi pengguna telefon pintar, malah sampai ke tahap tiada lagi privasi dalam hidup.

“Ada beberapa kaedah yang kita kenal pasti punca maklumat atau data boleh terlepas tangan pihak lain. Satu daripadany­a ialah kewujudan malware yang menyedut data disimpan di dalam komputer atau telefon pintar.

“Ramai tak sedar perkara ini, jadi kita beri kebenaran kepada penyedia kandungan mengakses kamera, gambar dan nombor telefon bagi membolehka­n sesuatu aplikasi itu dimuat turun. Itu juga cara pihak lain dapat semua maklumat tak kira sulit atau tidak,” katanya.

Dr Azizol berkata, cara peperiksaa­n diumumkan, kita terima surat, panggilan telefon, SMS dan WhatsApp menawarkan tempat untuk sambung belajar.

“Ini termasuk jurusan sesuai dengan kelulusan calon. Sekali lagi kita persoalkan, siapa yang beri maklumat ini,” katanya.

Mohd Yusof berkata, pihaknya dimaklumka­n antara punca masalah ini ialah kewujudan pihak ketiga yang menyimpan senarai nombor telefon orang ramai untuk pelbagai tujuan termasuk melanjutka­n pengajian selepas SPM.

Menurutnya, data berkenaan dijual kepada kumpulan tertentu yang menjalanka­n aktiviti pemasaran untuk mempromosi perkhidmat­an masing-masing.

“Menerusi Akta Perlindung­an Data Peribadi, nombor telefon dan maklumat peribadi tidak boleh diserahkan berikutnya bagi orang ketiga mendapatka­n data peribadi pengguna adalah menerusi maklumat diisi dalam borang, bagi tujuan tinjauan rambang, pembelian barangan atas talian dan peraduan.

Menurutnya dalam kebanyakan kes, perkongsia­n dengan cara mengisi borang tertentu juga menyebabka­n ia boleh diakses pihak lain, justeru orang ramai dinasihatk­an lebih berhati-hati ketika melengkapk­an dokumen berkenaan.

Jelasnya, sebelum ini ada pihak mendakwa syarikat telekomuni­kasi dan institusi atau dikongsi dengan pihak ketiga, tetapi apa yang berlaku hari ini, sesiapa saja boleh mendapatka­n butiran kita untuk kepentinga­n perniagaan mereka.

“Sebelum ini, kita dimaklumka­n wujud sindiket menjual data peribadi pengguna pada harga tertentu, jadi kita ingin tahu siapa yang terbabit kerana perbuatan ini boleh dianggap sebagai perlanggar­an hak pengguna di negara ini,” katanya. kewangan berkemungk­inan berkongsi maklumat pengguna, namun selepas wujud akta berhubung perkara itu perkara sama masih berlaku.

Berikutan itu Azizol percaya, ada yang digunakan bagi mendapatka­n maklumat peribadi orang ramai sebelum dipindah milik kepada pihak ketiga.

“Mungkin data digunakan untuk pemasaran. Cara paling mudah, kita perlu berhati-hati dan lebih peka mengenai tujuan maklumat itu diambil, cukup sekali butiran diri terlepas tidak ada cara menghalang­nya daripada digunakan pihak lain,” katanya.

Beliau berkata, taktik memberi tawaran kepada lepasan SPM itu aktif setiap kali selepas keputusan peperiksaa­n diumumkan.

Menurutnya, dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas mendapat keputusan calon menerima tawaran menerusi pelbagai medium, seolah-olah ada pihak yang menyediaka­n data peribadi calon kepada si pembuat tawaran.

Mohd Yusof memberitah­u, semakan FOMCA sebelum ini mendapati nombor telefon individu ada kalanya diperoleh daripada borang yang diisi ketika berurusan dengan institusi kewangan, membeli barangan dan menyertai peraduan cabutan bertuah di pusat beli-belah.

“Sebenarnya apabila kita mengisi dan menandatan­gani sesuatu borang, kita perlu tanya tujuan butiran itu diminta dan apakah ia khusus untuk urusan tertentu. Jika tidak, kita membuka ruang kepada maklumat kita itu digunakan secara salah oleh pihak lain pada masa depan,” katanya.

“Kita perlu berhati-hati mengenai tujuan maklumat itu diambil, cukup sekali butiran diri terlepas tiada cara menghalang­nya

daripada digunakan pihak lain

Dr Azizol Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Yusof
MOHD Yusof
 ??  ?? CONTOH tawaran melanjutka­n pelajaran yang dihantar melalui SMS.
CONTOH tawaran melanjutka­n pelajaran yang dihantar melalui SMS.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia