Harian Metro

Teruja bertukar curiga

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

 Lambakan tawaran ke universiti timbul tanda tanya kebocoran maklumat peribadi

Keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak mereka sederhana saja namun tawaran melanjutka­n pengajian ke kolej dan universiti swasta datang mencurah-curah sehingga penuh peti surat di rumah.

Itu senario dialami ramai ibu bapa yang anak mereka baru menerima keputusan SPM pertengaha­n bulan lalu sehingga timbul tanda tanya pihak mana yang membocorka­n maklumat peribadi calon anak mereka.

“Setiap hari posmen datang hantar surat tawaran melanjutka­n pengajian ke kolej dan universiti swasta. Pada mulanya saya teruja melihat begitu banyak surat tawaran di dalam peti surat rumah kami dalam masa satu hingga tiga minggu selepas keputusan SPM diumumkan.

“Tapi, lama-kelamaan perasaan teruja bertukar curiga. Bagaimana begitu banyak surat tawaran dihantar ke alamat rumah kami sedangkan anak saya tidak pernah membuat permohonan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) swasta,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Rosman.

Menurutnya, dia mengambil keputusan membuang dan mengabaika­n tawaran diterima kerana curiga dengan kolej berkenaan, tambahan pula ada sebahagian­nya meminta bayaran tertentu sehingga ratusan ringgit.

“Tapi sampai sekarang saya masih fikir, bagaimana mereka dapat alamat rumah dan pihak kolej tahu anak saya baru terima keputusan SPM,” katanya.

Mengulas hal itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, senario ini sudah sekian lama berlaku dan menimbulka­n rasa kurang senang ramai ibu bapa termasuk anak masing-masing.

“Seperti menjadi setiap kali selepas keputusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia