Harian Metro

Dari sukarelawa­n bergelar hakim

-

Shah Alam: Bermula sebagai sukarelawa­n dakwah di Negeri Sembilan, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Faathir Md Tahir, 36, bersyukur kerana usahanya daripada bawah kini membuahkan hasil.

Ia berikutan, Faathir dilantik menjadi hakim Mahkamah Rendah Syariah sejak awal tahun ini.

“Selama 11 tahun berada dalam bidang syariah bermula sebagai sukarelawa­n dakwah sebelum menjadi penolong pendaftar mahkamah seterusnya pegawai sulh dan kemudian dilantik menjadi hakim.

“Syukur kepada Allah dengan kenaikan pangkat serta tauliah ini dan saya akan gunakannya sebaik mungkin peluang yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor di sini, semalam.

Faathir adalah seorang daripada dua hakim yang menerima watikah pelantikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada satu istiadat di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Seorang lagi hakim, Masroha Duki, 40, berkata, cabaran besar untuknya berikutan bukan mudah untuk membuat keputusan untuk sesuatu kes.

“Ia membabitka­n institusi keluarga, penceraian dan sebagainya. Jadi untuk memastikan keputusan yang dibuat dengan betul, kami perlu merujuk Undang-Undang Syariah,” katanya.

Selain Faathir dan Masroha, empat lagi individu turut menerima watikah pelantikan.

Mereka ialah Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor, Ab Malek Awang, 46, dan Nadiah Khamis, 42, serta Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Selangor, Nor Hafizah Mayikhi, 32, dan Ahmad Lutfi Senin, 36.

 ??  ?? FAATHIR (barisan kedua tiga dari kanan) dan Masroha (hadapan dua dari kiri) bersama penerima watikah pelantikan, semalam.
FAATHIR (barisan kedua tiga dari kanan) dan Masroha (hadapan dua dari kiri) bersama penerima watikah pelantikan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia