Harian Metro

‘Peguam’ tanpa ijazah

- Nazdy Harun cnews@nstp.com.my

 Ibu tunggal bantu wanita sediakan kertas perundanga­n percuma

Walaupun tidak mempunyai ijazah dalam bidang perundanga­n, seorang ibu tunggal mampu menyediaka­n kertas perundanga­n membabitka­n kes berkaitan mahkamah syariah sejak 16 tahun lalu.

Pengalaman ditimba Mazini Abdullah, 55, dari Kampung Banggol Pauh di sini, ketika menuntut cerai dan nafkah ke atas anak dengan bekas suaminya pada 2002 membolehka­nnya mengumpul pelbagai ilmu berkaitan perundanga­n.

Menurutnya, selain melalui pengalaman, dia turut mendapat tunjuk ajar daripada tenaga terlatih dari Yayasan Pembanguna­n Keluarga (YPK) Terengganu, dalam selok-belok menyediaka­n kertas perundanga­n bagi membantu golongan wanita yang memerlukan khidmat berkaitan kes di mahkamah syariah.

“Tiada bayaran, ia seikhlas hati dan ada kalanya duit sendiri dibelanjak­an bagi membeli pelbagai peralatan untuk digunakan dalam menyediaka­n kertas perundanga­n sebelum dibawa ke mahkamah.

“Pernah saya tidak tidur malam mengerah idea memikirkan cara atau ayat yang perlu ditulis bagi menguatkan hujah sesuatu kes,” katanya yang mempunyai lima cahaya mata hasil perkongsia­n hidup dengan bekas suami.

Menurutnya, dia pernah mengheret suaminya ke mahkamah kerana beberapa tuntutan tidak diendahkan dan melalui perundanga­n akhirnya dia berjaya ‘memenjarak­an’ bekas suaminya sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013.

Katanya, bantuan dihulurkan kepada wanita bukan hanya sekadar kes penceraian, malah turut membabitka­n kes tuntutan harta pusaka namun sebelum kertas perundanga­n disediakan dia perlu menjalani runding cara dengan pihak yang ingin menggunaka­n khidmatnya.

Mazini berkata, ia bertujuan untuk mengetahui jalan cerita sebenar selain memperoleh dokumen penting untuk rujukan mahkamah namun kebiasaann­ya kes akan berjalan dalam tempoh tertentu oleh demikian dia perlu menyediaka­n selengkapn­ya dokumen diperlukan.

“Memandangk­an kerja ini dilakukan seikhlas hati maka saya perlu mencari sumber kewangan lain bagi menyara kehidupan dan juga kos digunakan untuk menyediaka­n kertas perundanga­n termasuk perbelanja­an petrol untuk ke rumah individu berkenaan.

“Justeru, saya kini menjalanka­n kerja urutan wanita selepas bersalin dan urutan terapi saraf kronik bagi menambah pendapatan dan sepanjang berkecimpu­ng dalam bidang penyediaan kertas perundanga­n ini lebih 200 individu saya bantu dalam pelbagai kes di mahkamah syariah,” katanya.

 ?? Mazini ?? MAZINI ke rumah seorang individu yang meminta bantuannya untuk kes penceraian.
Tiada bayaran, ia seikhlas hati dan ada kalanya duit sendiri dibelanjak­an bagi membeli pelbagai peralatan untuk digunakan dalam menyediaka­n kertas perundanga­n sebelum...
Mazini MAZINI ke rumah seorang individu yang meminta bantuannya untuk kes penceraian. Tiada bayaran, ia seikhlas hati dan ada kalanya duit sendiri dibelanjak­an bagi membeli pelbagai peralatan untuk digunakan dalam menyediaka­n kertas perundanga­n sebelum...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia