Harian Metro

Pengantin baru tuntut keadilan katering popular

-

Kuantan: Pasangan pengantin yang mendakwa diperdaya syarikat katering popular tampil membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) negeri, semalam.

Mereka mengemukak­an laporan bertulis kerana tidak puas hati dengan perkhidmat­an yang disediakan pihak katering berkenaan pada majlis resepsi di Dewan Kolej Universiti Widad di sini, pada 24 Mac lalu.

Mohd Nor Afzarizal, 35, mendakwa, dia dan isteri, Amy Nur Alice Kamaruddin, 23, berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menuntut keadilan untuk dirinya dan keluarga.

Dakwanya, syarikat berkenaan masih tidak mengambil sebarang tindakan menyelesai­kan perkara itu walaupun lebih seminggu kejadian itu berlaku.

“Kami akan mengemukak­an salinan aduan bertulis tribunal ini kepada pejabat cawangan syarikat katering.

“Kes ini akan didengar pada 30 April ini. Kami sebagai pengadu dan wakil syarikat katering terbabit perlu hadir bagi mengemukak­an hujah dan fakta masing-masing,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK negeri di sini, semalam.

Ahad lalu, media melaporkan pasangan pengantin berkenaan terpaksa menanggung malu selepas majlis perkahwina­n yang diadakan mengalami beberapa masalah akibat syarikat katering didakwa tidak melunaskan janji.

Antaranya, syarikat yang menggunaka­n artis sebagai duta itu didakwa tidak menyediaka­n menu sambal sotong untuk 500 tetamu seperti dijanjikan atas alasan ia tertumpah di atas lori.

 ??  ?? MOHD Nor Afzarizal dan Amy membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna KPDNKK negeri, semalam.
MOHD Nor Afzarizal dan Amy membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna KPDNKK negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia