Harian Metro

TV melayang dari langit

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Perkakas dibaling individu tak bertanggun­gjawab dari tingkat 13 pangsapuri hempap kereta

Tindakan tidak bertanggun­gjawab individu dipercayai membaling televisyen dari tingkat 13 pangsapuri di Taman Seri Intan di sini, mengakibat­kan kerosakan sebuah kereta.

Kejadian disedari pemilik kereta Perodua Myvi itu jam 12 tengah hari, kelmarin.

Bagaimanap­un, televisyen seberat hampir 10 kilogram yang dibaling itu tidak mengenai penghuni atau orang awam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihak pengurusan pangsapuri membuat aduan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah hari.

“Ketika kejadian, kakitangan pengurusan pangsapuri berada di kebun berhampira­n sebelum menyedari satu objek iaitu televisyen dibuang dari tingkat atas dan terkena Perodua Myvi.

“Polis mengambil keterangan pemilik kereta berkenaan dan mendapati pemilik televisyen ialah penghuni di tingkat 13 blok pangsapuri itu,” katanya.

Hamzah berkata, berdasarka­n keterangan pemilik televisyen, dia meletakkan televisyen itu di depan rumah kerana rosak dan mahu membuangny­a.

“Ia diletakkan di depan rumah sejak tiga minggu lalu kerana ketika mahu membuang televisyen itu ia menghempap kakinya (pemilik) menyebabka­n hanya diletakkan di depan rumah.

“Pemilik televisyen memaklumka­n dia tidak mengetahui individu yang membuangny­a ke bawah. Siasatan dijalankan pegawai penyiasat mendapati tiada saksi kejadian dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan,” katanya.

Tindakan tidak bertanggun­gjawab itu mengundang kemarahan dan kebimbanga­n penghuni serta orang awam kerana ia boleh menyebabka­n kecelakaan sekali gus mengancam nyawa.

Dalam kejadian 15 Januari lalu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini.

 ??  ?? TELEVISYEN yang dibaling menghempap sebuah kereta di sebuah pangsapuri di Taman Seri Intan.
TELEVISYEN yang dibaling menghempap sebuah kereta di sebuah pangsapuri di Taman Seri Intan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia