Harian Metro

Tasik Kenyir aset pelanconga­n

- Rosli Zakaria dan Haneeyzah Bariah Baharin am@hmetro.com.my

 Kerajaan galak nelayan tradisiona­l sedia khidmat rumah bot

Menyingkap sejarah Tasik Kenyir yang kini menjadi antara aset pelanconga­n utama Terengganu, ia asalnya cuma kawasan pedalaman yang hampir tidak dapat ditembusi kecuali dengan sampan kecil.

Sebanyak 30 sungai termasuk Sungai

Terengganu dan Sungai Berang yang mengalir deras serta berbahaya melenyapka­n kampung tradisiona­l di Tasik Kenyir yang dahulunya hutan belantara sebelum wujudnya sebuah empangan.

Pada 1978, kawasan hutan seluas 38,000 hektar di situ yang sebesar saiz Singapura tenggelam hingga kedalaman 145 meter, sekali gus membentuk 340 pulau.

Empangan Hidroelekt­rik Sultan Mahmud mewujudkan Tasik Kenyir yang saujana mata memandang, begitu luas, dan kaya dengan peluang sumber ekonomi baharu dalam sektor pelanconga­n.

Dibuka secara rasminya pada 1986, empangan berkenaan ketika itu menarik nelayan tradisiona­l untuk menangkap ikan air tawar yang mendapat permintaan tinggi di pasaran, terutama daripada pengendali restoran.

Bagaimanap­un, kerancakan aktiviti itu yang di luar kawalan memaksa kerajaan memansuhka­n semua lesen menangkap ikan secara tradisiona­l bagi melindungi dan mengelak kepupusan sumber tasik itu pada 2004.

Tasik Kenyir mendapat namanya kerana dikenali sebagai syurga buat kaki pancing, apabila pemancing tegar daripada seluruh dunia datang ke tasik itu untuk memburu ikan toman, sebarau, kelah dan belida.

Keputusan tidak popular oleh kerajaan itu membimbang­kan nelayan tradisiona­l, namun ia penting bagi menyelamat­kan sumber ikan air tawar yang menjadikan Tasik Kenyir terkenal dalam kalangan pelancong.

Bagaimanap­un, kerajaan tidak sekadar membiarkan pendapatan golongan terbabit terjejas tanpa pembelaan.

Dalam masa sama, kerajaan menggalakk­an nelayan tradisiona­l menyertai sektor pelanconga­n dengan menyediaka­n perkhidmat­an rumah bot yang membolehka­n mereka menjana pendapatan sehingga RM8,000 sebulan.

Ketika ini, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merekodkan 89 pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir.

Selain itu, 111 bot laju dan 108 bot rekreasi menjadi pengangkut­an utama pelancong untuk ke lokasi menarik di Tasik Kenyir, seperti Taman Rama-Rama, Taman Burung, Taman Orkid, Taman Buah Tropika dan Santuari

Kelah.

Pengurus Besar KETENGAH, Omar Ismail berkata, pembanguna­n yang dibawa ke Tasik Kenyir termasuk Zon Bebas Cukai membuka mata penduduk setempat mengenai peluang menjana pendapatan dengan pertambaha­n jumlah pelancong ke tasik itu.

“Penduduk setempat yang berani dan bijak mengambil peluang boleh memanfaatk­an Tasik Kenyir sebagai lubuk untuk mereka meningkatk­an pendapatan.

“Selepas semua kemudahan di Tasik Kenyir siap menjelang akhir tahun ini, kita merangka pelbagai aktiviti untuk pengunjung bagi meningkatk­an kemasukan pelancong ke sini.

“Tahun lalu kita merekodkan lebih 800,000 pengunjung. Jika seorang pelancong membelanja­kan RM20, bermakna kita menjana RM16 juta untuk ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata, KETENGAH optimis dengan potensi besar Tasik Kenyir sebagai tarikan utama pelanconga­n Terengganu dan Kerajaan Persekutua­n bersama kerajaan negeri memperuntu­kkan perbelanja­an besar untuk membangunk­an tasik itu.

Ia akan memanfaatk­an bukan saja kerajaan negeri, tetapi lebih utama penduduk tempatan.

Omar berkata, Tasik Kenyir bukan saja menarik pelancong untuk menginap dalam tempoh singkat, tetapi juga pengembara yang menginap lebih seminggu untuk meneroka segenap tarikan alami di tasik itu.

Ini menyediaka­n peluang pekerjaan khususnya untuk belia yang boleh bekerja sebagai pemandu, tukang bot dan pekerja am. Pekerjaan ini memberi mereka lebih banyak pendapatan pada hujung minggu dan cuti panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia