Harian Metro

Diserah pada imigresen

-

Alor Setar: Semua 56 pelarian Rohingya, termasuk 20 kanak-kanak yang dipintas ketika menaiki sebuah bot di perairan Pulau Langkawi pagi semalam, sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Kumpulan pelarian itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebaik tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah dari Pulau Langkawi jam 7 petang semalam dengan sebuah kapal Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, KM Sugul itu membawa 17 wanita dewasa, 12 kanak-kanak perempuan, lapan kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa.

Beliau berkata, 19 lagi lelaki Rohingya dewasa dari kumpulan pelarian itu tiba di Kuala Kedah kira-kira 30 minit kemudian dengan bot kayu yang dipintas oleh pihak berkuasa Malaysia berhampira­n Pulau Tuba pagi semalam, dengan diiringi bot Maritim Malaysia serta Polis Marin.

Rozali berkata, semua pelarian berusia dua tahun hingga 46 tahun itu berada dalam keadaan keletihan.

“Setakat ini kita masih menjalanka­n siasatan dan tidak tahu berapa lama perjalanan mereka kerana mereka tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Mereka ditemui dalam keadaan keletihan di Pulau Nyior Setali berhampira­n Pulau Tuba di Langkawi pagi semalam,” katanya ditemui di terminal feri berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Zuhair Jamaludin berkata, kesemua pelarian itu dibawa ke pejabat Imigresen di Anak Bukit untuk mengambil cap jari dan sebagainya.

“Mereka kemudianny­a dibawa ke Depoh Tahanan Sementara di Belantik, Sik untuk ditempatka­n sementara siasatan selesai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menunggu maklumat lanjut daripada Maritim Malaysia sebelum memutuskan tindakan selanjutny­a. Bangi: Bekalan air bersih dan infrastruk­tur asas seperti tandas menjadi keperluan utama bagi memberikan keselesaan kepada lebih 52,000 keluarga pelarian Rohingya yang kini berlindung di tiga kem berasingan sekitar Cox’s Bazar, Bangladesh.

Keutamaan untuk menyediaka­n bekalan air bersih adalah berdasarka­n kepada data diperoleh Islamic Relief Malaysia (IRM) sepanjang melaksanak­an misi kemanusiaa­n di Kem Kutupalong, Kem Balukhali dan Kem Hakimpara, minggu lalu.

Pengurus Bahagian Program Antarabang­sa IRM Nurbazilah Sulaiman berkata, tiga kem itu menampung pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri susulan krisis yang berlaku di Wilayah Rakhine, Myanmar.

“Berdasarka­n dapatan kami, pelarian yang menghuni tiga kem ini sangat memerlukan bekalan air bersih untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Keperluan mendesak ketika ini adalah bekalan air bersih dan kami merancang untuk menambah pam air dengan kedalaman 300-350 meter bagi menampung tahap penggunaan yang begitu tinggi pada projek akan datang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat IRM di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Nurbazilah berkata, maklum balas yang diterima daripada pelarian mendapati satu unit pam air hanya dapat membekalka­n air bersih kepada 120 keluarga saja.

“Dalam setiap hari, setiap keluarga hanya dibenarkan untuk menggunaka­n pam berkenaan sebanyak dua kali saja kerana perlu memberi laluan kepada pelarian lain pula.

“Memang benar pelbagai organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerap ke tiga kem berkenaan untuk menjalanka­n misi kemanusiaa­n, namun berdasarka­n kepada pemerhatia­n kami,

masih banyak kemudahan dan bantuan lain perlu disediakan,” katanya.

Selain menyediaka­n bekalan air bersih, beliau berkata, kemudahan tandas dan barangan lain sebagai persediaan menempuh musim sejuk juga sangat diperlukan ketika ini.

Menurutnya, pelarian yang menghuni ketiga-tiga kem itu membabitka­n kanak-kanak dan mereka sudah berusia, berikutan itu sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan golongan itu dapat menempuh musim sejuk akan datang dalam keadaan lebih selesa.

 ??  ?? BOT dinaiki etnik Rohingya terdiri daripada 17 wanita dewasa, 19 lelaki dan 20 kanak-kanak.
BOT dinaiki etnik Rohingya terdiri daripada 17 wanita dewasa, 19 lelaki dan 20 kanak-kanak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELARIAN Rohingya diberi air minuman daripada sebuah bot
nelayan Thailand.
PELARIAN Rohingya diberi air minuman daripada sebuah bot nelayan Thailand.
 ??  ?? APMM ketika menunda bot Rohingya ke perairan Malaysia.
APMM ketika menunda bot Rohingya ke perairan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia