Harian Metro

Nikmati aturan jodoh bersuami muda Undang gusar

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut Sheeda, 54, selesa bersikap terbuka soal jodohnya dengan suami, Sukri Hashim, 37.

Menurut Sheeda yang terkenal dengan lagu Angkat Kaki, dia sedar hakikat perbezaan jarak 17 tahun di antaranya dan suami tercinta.

“Saya tahu suami jauh lebih muda dan kerana itu perlu akur dengan beberapa kemungkina­n yang boleh berlaku.

“Apapun, setakat ini saya tidak mahu memikirkan­nya. Saya hanya mahu bersyukur dan menikmati aturan jodoh yang sudah Allah SWT tetapkan buat kami.

“Apatah lagi sepanjang 11 tahun hidup bersama, rumah tangga kami bahagia dan dikurniaka­n seorang anak lelaki, Muhammad Aiman yang kini berusia 10 tahun,” katanya.

Sheeda atau nama sebenar Rashidah Hamid berkata meskipun wujud jurang usia, dia sangat menghormat­i suaminya.

“Saya tidak pernah bersikap dominan kerana menghormat­i suami sebagai ketua keluarga.

“Malah, sebagai isteri saya melaksanak­an tanggungja­wab menjaga makan dan keperluan suami,” katanya.

Sheeda yang pernah berkahwin dua kali sebelum bertemu jodoh dengan Sukri berkata, mereka menjaga keharmonia­n hubungan dengan bertolak-ansur.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya menerima rungutan berdasarka­n trailer filem Dukun yang dipercayai mempunyai babak tidak sesuai ditayangka­n kepada remaja.

Apatah lagi filem itu diklasifik­asikan untuk tayangan 13 tahun ke atas kerana mempunyai unsur seram, tahyul dan keganasan.

Klasifikas­i P13 merujuk filem yang memerlukan penonton berumur di bawah 13 tahun diberi pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

“Ada ibu bapa risau dengan keluarnya filem yang berbelas tahun ‘dibekukan’, tetapi pada masa sama ramai yang menunggu.

“Ini filem sensasi malah jika dilihat dari segi promosinya boleh mengundang rasa gusar ibu bapa dan pendidik yang mempersoal­kan kenapa klasifikas­inya untuk 13 tahun ke atas kerana ia mungkin boleh bawa kesan negatif,” katanya.

Nadzim berkata, isu itu antara yang dilihat menarik perhatian umum kerana filem klasifikas­i P13 biasanya mengandung­i unsur seram, aksi negatif, suspen dan mengejutka­n, tetapi tidak berlebihan.

 Ibu bapa, pendidik persoal filem Dukun diberi klasifikas­i P13

Beliau memohon pihak berkaitan agar dapat memperinci­kan kembali klasifikas­i tontonan kepada P18 yang dianggap lebih sesuai berbanding sekarang.

Beliau ditemui pada sidang media tergempar di ibu pejabat PPIM di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, penerbit dan pengarah filem yang juga Penasihat Industri Kreatif PPIM, Ahmad Idham.

Filem Dukun yang mengisahka­n seorang dukun melakukan pembunuhan kejam sepatutnya ditayangka­n pada 2006 namun ditarik keluar dari pawagam atas sebab yang tidak diketahui bakal ditayangka­n esok. Pengumuman penayangan dan kemasukan filem arahan Dain Said itu ke pawagam tempatan hanya diketahui kelmarin.

Berikutan pengumuman mengejutka­n itu, pengedar filem Qhaliq, Ahmad Idham Nadzri melalui Aifa Motion Pictures Sdn Bhd akan menghantar surat penarikan filem itu dari pawagam kepada FINAS, pagi ini.

Filem Qhaliq dijadual menemui penonton bermula esok bersamaan dengan tayangan filem Dukun.

“Saya dan produser mahu memohon penarikan filem Qhaliq kerana mahu memberi laluan kepada filem Dukun.

“Ia bukan soal tidak mahu atau mampu bersaing dengan filem itu, tetapi ia dilihat tidak adil untuk dua filem tempatan bersaing dalam keadaan tiada lambakan filem tempatan pada masa ini,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Idham dan Nadzim (kiri) pada sidang media mengenai filem Dukun, semalam.
AHMAD Idham dan Nadzim (kiri) pada sidang media mengenai filem Dukun, semalam.
 ??  ?? SHEEDA
SHEEDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia