Harian Metro

‘Terima kasih semua...’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Bapa terharu orang ramai hulur sumbangan bantu ringan beban Nurliyana

“Kami terharu dengan maklum balas positif orang ramai. Selain itu ada yang sumbangkan wang bagi meringanka­n beban perbelanja­an rawatan anak,” kata Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55, bapa kepada Nurliyana Abdul Raziff, 32, wanita yang menderita penyakit Hiper Tiroid sejak dua tahun lalu.

Abdul Raziff mewakili keluargany­a mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurk­an bantuan kepada anak sulungnya.

Katanya, dia juga terharu dengan kata-kata semangat daripada orang ramai agar mereka sekeluarga terus cekal menghadapi ujian selain mendoakan Nurliyana sembuh.

“Kami berterima kasih ke- pada semua yang pihak yang perihatin dengan nasib Nurliyana. Cuma kami berharap ada doktor memiliki kepakaran atau tahu kaedah pembedahan yang selamat untuk buang ketumbuhan pada bahagian mulut Nurliyana.

“Kalau boleh buat pembedahan ia akan ringankan kesakitan dialami anak sulung saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam Harian Metro melaporkan penderitaa­n Nurliyana yang disahkan menghidap Hiper Tiroid sejak 2016. Kesengsara­an jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabka­n mulut terkeluar dan turut menjejaska­n penglihata­n.

Malah, lebih memilukan berat badannya menyusut daripada 55 kilogram (kg) hingga kini hanya 23 kg, malah ketinggian­nya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Bagaimanap­un, setakat ini doktor pakar tidak mengesyork­an Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

Masalah kesihatan itu menyukarka­n doktor pakar untuk menjalanka­n pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.

 ??  ?? SUAMI Nurliyana, Mohd Taufiq Abdullah menunjukka­n sebahagian ubat-ubatan milik isterinya.
SUAMI Nurliyana, Mohd Taufiq Abdullah menunjukka­n sebahagian ubat-ubatan milik isterinya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia