Harian Metro

Mayat dua rakan dihanyut arus ditemui

-

Kuantan: Mayat dua rakan yang lemas dihanyutka­n arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, Ahad lalu, ditemui pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul, berkata mangsa, Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, ditemui jam 7.45 pagi semalam, kira-kira 500 meter dari lokasi dia hanyut.

“Mayat rakannya, Dola Kamarudin, 32, pula ditemui jam 10 pagi kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dihanyutka­n arus deras,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitka­n JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bombadan Penyelamat dihentikan selepas kedua-dua mayat mangsa ditemui,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad lalu, Muhammad Ikhbal bersama Dola dihanyutka­n arus sungai yang datang secara mendadak sebelum hilang.

Mangsa bersama enam rakannya dikatakan menaiki van ke kawasan rekreasi itu kira-kira jam 2 petang untuk berkelah dan mandi-manda di hujung minggu.

Difahamkan pengunjung lain yang menyaksika­n kejadian itu cuba membantu menyelamat­kan mangsa namun gagal sebelum menghubung­i pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia