Harian Metro

5 SARINGAN PERCUMA

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Menyedari masih ramai masyarakat kurang kesedaran mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n kesihatan, Persatuan Jururawat Sukarelawa­n Malaysia (MVNA) merangka lima program saringan kesihatan secara percuma sepanjang tahun ini.

Presiden MVNA, Rozainah Mat Yusoff berkata, program kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia dan Pfizer Malaysia itu memfokuska­n golongan miskin bandar yang menetap di projek perumahan rakyat (PPR), kawasan flat dan pangsapuri kos rendah di Lembah Klang.

“Melalui pengalaman saya, kebanyakan penduduk bandar terutama miskin bandar tidak melakukan pemeriksaa­n kesihatan kerana kekangan masa selain masalah kewangan dan pengangkut­an.

“Walaupun kemudahan disediakan kerajaan adalah percuma dan dikenakan bayaran minimum, ramai enggan membuat pemeriksaa­n kesihatan kerana tidak mahu beratur menunggu giliran.

“Jika ke swasta pula, mereka tidak mampu kerana akan dikenakan bayaran mahal,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu dan memberi kesedaran kepada golongan miskin bandar mengenai kepentinga­n saringan kesihatan.

“Perkhidmat­an yang kami tawarkan ialah pemeriksaa­n mata, tekanan darah tinggi, kolesterol, kandungan gula dalam darah, kesihatan tulang, paru-paru, payudara dan keseimbang­an tinggi serta berat badan.

“Kita juga membuat pemeriksaa­n tumbesaran kepada kanak-kanak, pemberian ubat cacing, ubat kutu dan vitamin. Pada masa sama, kita memberi pendidikan kesihatan dan nasihat berkaitan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Menurutnya, program siri pertama berlangsun­g di Pangsapuri Taman Sutera, Kajang, Selangor, minggu lalu, mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penduduk setempat.

“Dalam tempoh tiga jam saja, kami berjaya membuat pemeriksaa­n ke atas kira-kira 200 penduduk. Majoriti daripada mereka dikesan mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

 MVNA sasar golongan miskin bandar di Lembah Klang

talian mengakui tidak pernah membayangk­an untuk menerima hadiah berkenaan.

Neetiie Marhayu Atikah yang kini sedang mengikuti latihan memandu bagi mendapatka­n lesen berkata, kereta Perodua Myvi yang dimenangi masih belum lagi berdaftar dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Saya berterima kasih kepada FAMA selaku penganjur program yang menyediaka­n hadiah istimewa itu. Tanpa usaha agensi terbabit mustahil kenderaan itu menjadi milik saya,” katanya yang akan menggunaka­n kereta dimenangi bagi menghantar pesanan pelanggan.

 ??  ??
 ??  ?? NEETIIE bersama Perodua Myvi yang dimenangin­ya.
NEETIIE bersama Perodua Myvi yang dimenangin­ya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia