Harian Metro

Ramai berminat ambil kucing angkat

-

Kuala Lumpur: Nasib haiwan terbiar di pusat jagaan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), mula mendapat perhatian orang ramai dan semalam saja, empat ekor kucing diambil sebagai haiwan angkat oleh seorang individu.

Ketua Unit Kawalan Pest JKAS DBKL, Azli Syam

Mohd Anuar berkata, masih ada 18 ekor lagi kucing yang ditempatka­n di Pusat Kawalan Pest DBKL di Jalan Loke Yew, di sini, dengan semuanya ditawarkan kepada orang ramai sebagai haiwan angkat.

Beliau berkata, mengikut rekod pihaknya sejak Januari hingga bulan lalu, 118 ekor kucing dan anjing diambil sebagai haiwan angkat oleh individu serta pihak tertentu.

“Tahun lalu saja, 13 kucing dan 45 anjing diambil sebagai haiwan angkat. Tak perlu risau mengenai panyakit kerana haiwan dibawa ke pusat ini sudah menjalani ujian klinikal.

“Haiwan berpenyaki­t akan dihantar ke Jabatan Veterinar DBKL untuk pemeriksan­a lanjut atau dilupuskan selepas tamat tempoh 16 hari tidak dituntut atau diangkat berdasarka­n kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, orang ramai boleh mengambil kucing atau anjing terbiar sebagai haiwan angkat yang ditangkap Unit Kawalan Pest, JKAS DBKL dengan bayaran RM15 hingga

RM35.

Jika ingin mengambil lima kucing sekali gus, bayaran hanya akan dikenakan untuk tiga ekor saja manakala dua lagi diberikan secara percuma.

Azli Syam berkata, pihaknya amat mengalu-alukan orang ramai atau persatuan mengambil haiwan di pusat kurungan untuk dipelihara, sekali gus dapat membantu menampung kemasukan haiwan baru dan mengurangk­an jumlah yang terpaksa dilupuskan.

“Kami hanya akan melupuskan haiwan itu selepas tempoh mandatori berakhir dan akan terus memelihara­nya untuk diambil orang ramai.

“Pusat ini masih terkawal dan sentiasa dipastikan bersih serta haiwan diberi makanan secukupnya,” katanya.

Pusat itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang serta Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi hingga 12 tenga hari.

 ??  ?? ORANG ramai berkesempa­tan mengambil kucing atau anjing sebagai haiwan angkat di Pusat Kawalan Pest DBKL, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
ORANG ramai berkesempa­tan mengambil kucing atau anjing sebagai haiwan angkat di Pusat Kawalan Pest DBKL, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N terpacar di wajah orang ramai yang mengambil haiwan angkat di Pusat Kawalan Pest DBKL.
KEGEMBIRAA­N terpacar di wajah orang ramai yang mengambil haiwan angkat di Pusat Kawalan Pest DBKL.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia