Harian Metro

‘Ronda’ dua jam curi komponen motosikal

-

Kuala Lumpur: Buat ‘rondaan’ dua jam sebelum mencuri komponen motosikal berkuasa tinggi.

Itu taktik dua lelaki yang mencuri brek dan klac tangan motosikal berkuasa tinggi di sebuah pangsapuri di Batu 4 Jalan Ipoh di sini, Ahad lalu.

Mangsa Mohamad Nazumie Mat Nasir, 31, berkata dia menyedari kehilangan komponen motosikal Kawasaki ER6X miliknya ketika hendak keluar bersama anaknya kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, selepas menyedari kehilangan komponen itu, dia membuat aduan di pondok keselamata­n pangsapuri sebelum ditunjukka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Berdasarka­n rakaman CCTV, kelihatan dua lelaki memakai topi keluar dari sebuah Perodua Myvi berwarna putih berkeliara­n di kawasan berkenaan kira-kira jam 4 pagi sebelum memasuki lif di blok itu yang juga lokasi saya meletakkan motosikal.

“Beberapa minit kemudian, mereka dilihat keluar dari lif dan meninjau kawasan berhampira­n motosikal sebelum menaiki kereta itu semula. Bagaimanap­un, selepas hampir dua jam, dua lelaki sama dilihat mendekati motosikal saya sebelum menanggalk­an brek dan klac tangan menggunaka­n spanar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Nazumie berkata, pengawal keselamata­n memaklumka­n kereta berkenaan memasuki pangsapuri melalui pintu utama, namun didapati keluar menggunaka­n pintu belakang berdasarka­n rakaman CCTV di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya memburu dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang kelibat mereka dirakam CCTV di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri komponen motosikal,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV wajah dua suspek yang menanggalk­an brek dan klac motosikal mangsa.
RAKAMAN CCTV wajah dua suspek yang menanggalk­an brek dan klac motosikal mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia