Harian Metro

Takdir Emy AF 2016

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

 Bekas peserta realiti TV maut selepas kemalangan di selekoh

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang­nya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli - Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Zahrul Hilmi atau lebih dikenali sebagai Emy maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata, nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Z800 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

“Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Selupoh di sini, kini adalah anggota kumpulan busker, Buska Basker yang aktif membuat persembaha­n sekitar Kota Kinabalu.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Daud, 53, ketika ditemui di Hospital Tuaran, berkata anak saudaranya itu keluar rumah dalam keadaan kelam-kabut namun sempat bersalaman dengan bapanya, Badrul Hisam Kumut, 50-an.

“Menurut ayah mangsa, arwah dikatakan mahu ke Ranau untuk bertemu seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi namun rakannya membatalka­n niat manakala arwah tetap mahu pergi dan meneruskan perjalanan seorang diri,” katanya.

Ahmad berkata, beberapa hari lalu, arwah yang juga juara Joharockst­ar 2016 sempat mengadakan persembaha­n di Tuaran.

 ??  ?? KEADAAN mangsa selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Zahrul Hilmi.
KEADAAN mangsa selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Zahrul Hilmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia