Harian Metro

Berhelah bawa anak tak pakai helmet

-

Subang Jaya: “Orang rumah (isteri) pergi kerja. Anak tiada orang jaga, terpaksa saya bawa anak-anak sekali,” Itu alasan seorang lelaki yang menunggang motosikal bersama tiga anak berusia antara dua hingga enam tahun ketika ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam Op Lawlessnes­s di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n Stesen LRT Puchong Perdana di sini, semalam.

Ketika ditahan kira-kira jam 8 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dalam perjalanan menghantar seorang daripada anaknya ke tadika berhampira­n rumahnya di Puchong Perdana tanpa memakai topi keledar dengan dua anaknya duduk di depan.

Lelaki berkenaan antara 142 pengguna jalan raya yang diperiksa dalam operasi diketuai Ketua BSPT Subang Jaya, Deputi Superinten­dan Mohamad Nasir Drahman bermula jam 7.30 pagi di persimpang­an lampu isyarat itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tindakan lelaki berkenaan mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang dibawanya kerana kemalangan boleh berlaku tanpa diduga.

“Kita menasihati ibu bapa untuk lebih bertanggun­gjawab dan jangan ambil mudah keselamata­n anak-anak walaupun apa saja alasan mereka.

“Tiada alasan untuk tidak mematuhi undang-undang terutama sekali perkara membabitka­n keselamata­n diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, daripada jumlah 142 pengguna jalan raya diperiksa, 82 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan yang mana tidak memakai topi keledar mendominas­i kesalahan dengan 52 saman.

“Seramai 21 pesalah lagi disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu dan lima saman dikeluarka­n atas kesalahan tiada cukai jalan sah, dua saman kerana tiada insurans serta dua saman atas lain-lain kesalahan.

“Sebanyak 142 kenderaan termasuk 121 motosikal dan 15 kereta diperiksa dalam operasi berakhir pada jam 9 pagi itu,” katanya.

 ??  ?? LELAKI yang menunggang motosikal bersama tiga anaknya ditahan polis.
LELAKI yang menunggang motosikal bersama tiga anaknya ditahan polis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia