Harian Metro

Raih pendapatan RM400,000 setahun

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

 Usahawan roselle cipta kejayaan dengan modal permulaan RM1,000

Berbekalka­n didikan dan bantuan agensi kerajaan, Zarina Abu Bakar, 35, kini boleh berbangga apabila usaha sembilan tahun beliau menghasilk­an produk berasaskan tumbuhan membuahkan hasil lumayan.

Berbekalka­n modal RM1,000 pada 2009, Zarina membeli roselle daripada penduduk kampung di Pantai Kamloon di sini, untuk diusahakan di kilang yang dibina berhampira­n rumahnya.

Bertitik tolak dari situ, Zarina yang berkelulus­an Diploma Teknologi Makanan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan akhirnya menjadi usahawan roselle yang dikenali ramai di utara Semenanjun­g.

Bukan itu saja, beliau mampu meraih pendapatan antara RM300,000 dan RM400,000 setahun.

Lebih membanggak­an hasil keluaran syarikatny­a, Arina Food Enterprise kini dipasarkan di Ireland dan Kemboja dengan produk jus roselle mendapat tempat di hati pelanggann­ya.

“Tanpa usaha dan bimbingan agensi kerajaan bagi memperkasa­kan belia seperti yang terkandung dalam Program Transforma­si Nasional (TN50), impian saya tidak mungkin tercapai.

“Melalui TN50, banyak perubahan dan pendekatan diambil bagi membantu usahawan yang terdiri daripada golongan belia,” katanya di premis miliknya

di sini.

Zarina berkata, beliau sering menyertai ekspo dan karnival usahawan bagi memperkena­lkan produk itu yang turut dikenali sebagai asam paya, asam kumbang dan asam susur iaitu spesies keluarga bunga raya.

“Permintaan terhadap produk roselle amat tinggi sehingga saya tak sempat memenuhi permintaan pelanggan kerana kekurangan stok.

“Mujur Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) membantu membekalka­n roselle untuk diproses sebagai jus dan kordial,” katanya.

Beliau membeli bahan mentah daripada petani di Nibong Tebal dan Kepala Batas yang menanam roselle.

 ??  ??
 ??  ?? ZARINA menunjukka­n produk roselle yang dikeluarka­n
syarikatny­a.
ZARINA menunjukka­n produk roselle yang dikeluarka­n syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia