Harian Metro

7 perkara menuju syurga Firdaus

-

Syurga yang dijanjikan Allah SWT buat hambaNya itu berbeza tingkatan dan darjatnya.

Apabila berdoa, Rasulullah SAW mengajar kepada kita untuk memohon syurga Firdaus. Ia adalah syurga yang tertinggi.

Jika kita tidak dianugerah­kan syurga Firdaus sekalipun, kita masih berpeluang dapat syurga yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, syurga itu adalah Firdaus, ‘Adn (tempat tinggal kekal), Na’im, Na’wa, Darussalaa­m, Darul Muaqaamah, Al-Muqqamul Amin dan Khuldi.

Mungkin kita sendiri tertanya-tanya, apakah amalan hebat sehingga melayakkan kita mendapat syurga yang tertinggi itu kerana jika hendak dibandingk­an dengan amalan golongan sahabat dan syuhada, memang amat jauh sekali.

Sekalipun jauh bezanya, kita tetap perlu bermohon dan berharap mendapat rahmat Allah SWT.

Berdoa dan berterus terang saja dengan Allah SWT, mungkin atas sebab kejujuran kita itu menjadikan kita akan lebih rapat dengan Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya berjayalah orangorang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang­nya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihk­an hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatan­nya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhn­ya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orangorang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang­nya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Mu’minuun, ayat 1 hingga 11)

Dalam ayat itu memberi penjelasan bahawa untuk meraih syurga tertinggi, seseorang itu perlu beriman dan memenuhi tujuh perkara iaitu khusyuk dalam solat, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kemaluan, menjaga amanah, memegang janji dan memelihara ibadat solat.

Jangan sesekali kita berasa bangga dan sombong dengan Allah SWT. Ada satu kisah dalam kitab

Tanbihul Ghafilin mengenai seorang hamba Allah SWT yang dipanjangk­an Allah SWT usianya sehingga 300 tahun.

Apabila tiba hari akhirat, Allah memerintah­kan: “Masukkan si fulan ini ke dalam syurga-Ku dengan rahmat-Ku.”

Hamba itu membalas, “Ya Allah, aku sudah melakukan amalan selama 300 tahun. Melakukan ibadat dan ketaatan tanpa sedikit pun melakukan maksiat. Aku ingin masuk syurga dengan amalanku.”

Allah SWT berkata kepada malaikat, “Wahai malaikat, timbanglah segala amalan yang pernah dilakukan orang ini ketika hidup untuk kita lihat sebanyak mana amalan yang pernah dilakukann­ya dan adakah dia layak untuk memasuki syurga-Ku.”

Apabila ditimbang, amalan yang dilakukan 300 tahun itu langsung tidak bergerak. Lalu Allah SWT berfirman: “Wahai malaikat, heretlah orang ini dan humbankan dia ke dalam neraka-Ku.” Itulah akibat jika ada yang sombong dengan amalan yang dilakukann­ya.

Apabila dengar saja Allah memerintah­kannya masuk ke dalam neraka, dia berulang kali merayu kepada Allah, “Ya Allah, masukkan aku ke dalam syurga-Mu dengan rahmat-Mu, ya Allah.”

Sehingga apabila tiba di depan pintu untuk dihumban ke neraka, tibatiba dia dibawa kembali untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT.

Itu kisah orang yang dapat hidup 300 tahun dengan melakukan amal ibadat. Di mana pula kedudukan kita untuk berasa sombong dengan amalan terhadap Allah?

Justeru, jangan sesekali berasa bangga dan sombong dengan amalan yang sudah dilakukan di dunia ini kerana sifat itu akan meleburkan seluruh amalan kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia