Harian Metro

Penyucian hati sebelum ke Tanah Suci

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Kursus haji adalah bimbingan melaksanak­an ibadah haji yang dikendalik­an Lembaga Tabung Haji di seluruh negara pada setiap tahun memang memberi manfaat dan cukup berkesan kepada bakal haji (hujjaj) yang akan melaksanak­an ibadat haji di Tanah Suci Makkah.

Kursus haji peringkat pertama yang diikuti bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci diadakan bermula dari Rabiul

Awal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun dan kursus diadakan pada setiap hujung minggu iaitu dua jam bagi setiap siri.

Kursus asas haji ini diadakan di masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung Haji dan jawatankua­sa masjid di bawah Jabatan Agama Islam

Negeri.

Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci dan peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja, malah ia terbuka kepada orang ramai.

Penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajar­i hal ehwal ibadat haji dan umrah dan peserta perlu mendaftar di masjid yang terlibat menganjurk­an kursus berkenaan secara percuma.

Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci dan diadakan pada Rejab dan Syaaban setiap tahun dan kursus berlangsun­g dua hari dan penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulang kaji ibadat.

Modul juga merangkumi ibadat haji, penjagaan kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci dan hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat Tabung Haji negeri atau daerah.

Kursus haji ini lanjutan kepada kursus intensif haji dan diadakan selepas kursus intensif haji dan tempoh kursus adalah selama satu hari dan penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci dan diadakan pada Syawal di setiap negeri dengan mengumpulk­an bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri dan kursus ini diadakan selama satu hari.

Banyak perkara yang perlu disediakan dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji dan umrah dan persiapan awal mental dan rohani mesti dititikber­atkan supaya pemergian ke Makkah benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah.

Untuk menggarap haji mabrur, maka semua bakal haji diharapkan dapat melakukan pemantapan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama dan memahami betul-betul segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaa­n ibadah haji dan umrah mahupun persiapan rohani dan jasmani.

Membersihk­an dan menyucikan diri secara rohani atau spiritual boleh dilakukan dengan cara seperti bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT, memperbaik­i kekhusyuka­n solat, mengeluark­an zakat dan mohon kemaafan orang lain.

Syahadah adalah syarat pertama dalam Islam maka kita hendaklah membetulka­n iktikad dalam memaknakan syahadah dan ia meresap dalam setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaill­allah muhammadur rasulullah’.

“Sesungguhn­ya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang yang benar.” (Surah Al-Hujuraat: Ayat 15)

Dalam menunaikan tuntutan Allah SWT untuk mengerjaka­n haji dan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang Muslim, perlulah dibersihka­n hati daripada segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.

Kita hendaklah memasang niat yang tulus semasa pergi menunaikan ibadah haji dan umrah hanya melaksanak­an perintah Allah SWT dan mengharapk­an keredaan-Nya semata-mata dengan membebaska­n diri daripada segala tekanan duniawi yang akan memberatka­n fikiran sepanjang perlaksana­an haji.

Perlu kepada revolusi sikap jika sebelum ini kita amat jarang atau belum pernah melakukan amalan seperti berzikir, membaca al-Quran, qiamullail, bertafakur, bersedekah, maka tingkatkan amalan fardiah dengan harapan dapat melakukann­ya dengan mudah di Tanah Suci kelak.

Usahakan untuk bertaqarru­b kepada Allah SWT dengan membanyakk­an istighfar dan sentiasa melakukan qiamullail seperti melakukan solat sunat seperti Tahajud, Taubat dan Hajat untuk membantu kita bermunajat kepada Allah SWT.

Kita tidak boleh menangguhk­an taubat lantas kita perlu menyegerak­an bertaubat atas semua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah SWT serta meninggalk­an segala yang makruh dan perbuatan mungkar dan membersihk­an diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang banyak kita lakukan.

Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanak­an ibadah haji dan kita mula diuji sebaik memutuskan untuk berangkat ke Makkah dan semua urusan memerlukan kesabaran, baik pada menunggu giliran haji, pemeriksaa­n kesihatan, pendaftara­n, mengikuti manasik haji dan sebagainya.

Kesabaran kita benar-benar teruji ketika berada di Tanah Suci dengan kehadiran jutaan manusia daripada seluruh penjuru alam dan kita melihat ragam perangai manusia yang mungkin boleh menyakitka­n hati dan membuat jemaah marah.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri dan ada kalanya perkara yang kecil dan titik bengik boleh mencetuska­n pertengkar­an dan ini perlu dijaga oleh suami atau isteri dengan rasa sabar dan syukur agar hubungan harmoni sentiasa terjalin.

Dalam beberapa keadaan kita akan berhadapan dengan hujjaj lain yang mungkin memerlukan pertolonga­n khususnya bagi mereka yang selalu uzur, maka berilah bantuan dengan segera, lantas orang yang banyak membantu orang lain dengan ikhlas, maka segala urusannya akan menjadi mudah dan lancar.

Melakukan amalan bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit saja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangk­an dalam kehidupan seharian dan lakukan amalan bersedekah membantu orang miskin ketika dalam pejalanan atau jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutka­n hati.

Penyucian hati termasuk mengelak diri daripada perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat, ingin bergelar dan dipanggil haji atau hajah, lantas kita hendaklah pasrah dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya dengan bajaan iman dan takwa.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia