Harian Metro

Manifesto BN tidak perdagang kehidupan rakyat

-

Kepala Batas: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu ini bukan bersifat untuk bersaing sebaliknya ia hanya untuk mensejahte­rakan kehidupan rakyat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, manifesto yang akan dibentangk­an itu diyakini tidak memperdaga­ngkan kehidupan rakyat.

Beliau berkata, BN tidak berjanji perkara yang tidak mampu dilaksanak­an tetapi jika ada perkara baru ia akan tertunai juga mengikut kemampuan pada ketika itu.

“Mengikut rekod selama 60 tahun, kami menunaikan semua janji yang dibuat dalam manifesto diumumkan.

“Kali ini, kami terus menjanjika­n perkara yang hanya mampu kami tunaikan demi kesejahter­aan rakyat dan bukan untuk bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) yang hanya tahu berjanji tetapi sehingga sekarang ia tidak tertunai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Motosikal kepada 63 usahawan muda yang terbabit dalam Program Usahawan Bergerak (Mobilepren­eur) di sini, semalam.

Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, manifesto BN yang dibentangk­an Najib itu juga akan ditambah baik mengikut keadaan semasa rakyat.

“Kita akan lihat jika ada yang kurang kepada kelompok isi rumah berpendapa­tan rendah (B40), kita akan bantu dengan lebih baik termasuk juga golongan petani dan nelayan,” katanya. BN dikatakan akan melancarka­n manifesto secara besar-besaran pada Sabtu ini, sekali gus memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) kemungkina­n besar diadakan seawal akhir April atau awal Mei 2018.

BN tidak berjanji perkara yang tidak mampu dilaksanak­an Reezal Merican

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia