Harian Metro

Langkah tak rasional

- Rizalman Hammim dan Badrul Kamal Zakaria cnews@nstp.com.my

 Cadangan pembangkan­g batal kontrak dengan China hanya rugikan negara

Datuk Seri Najib Razak menyelar cadangan pihak pembangkan­g untuk membatalka­n beberapa kontrak dengan syarikat dari China sebagai kerja gila, tidak siuman dan tidak rasional.

Perdana Menteri berkata, ini kerana China adalah antara rakan dagang terbesar Malaysia selain pembeli terbesar produk keluaran negara seperti minyak sawit, sarang burung walet, kayu-kayan dan barangan elektronik.

Najib berkata, cadangan pembangkan­g itu akan menyebabka­n negara kerugian.

“Kita sudah dengar tuan puan...pihak pembangkan­g sudah melahirkan hasrat untuk membatalka­n kontrak seperti ECRL (Projek Laluan Rel Pantai Timur) dengan China dan kontrak lain.

“Cuba bayangkan China adalah negara yang menguruska­n perdaganga­n terbesar, maknanya Malaysia punya (rakan dagangan) adalah China dengan nilai RM100 bilion lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Muar Furniture Park dan Pelancaran Program Usahawan Perabot Bumiputera di Tapak Projek Muar Furniture Park di Batu 81/2, Jalan Bakri di sini, semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengisytih­arkan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia.

Najib berkata, China juga pembeli terbesar minyak sawit, kayu-kayan dan perabot dari Malaysia.

Malah, katanya, negara itu mengimport barang lain dari Malaysia seperti peralatan elektronik, sarang burung walet dan durian Musang King.

“Cuba bayangkan kalau kita merenggang­kan atau mengeruhka­n hubungan dua hala dengan China.

“Kalau China tak beli minyak sawit kita, kalau China tak beli perabot kita, kalau China tak beli kayu-kayan kita. Siapa yang akan rugi? Rakyat Malaysia yang akan rugi, bukan pemimpin pembangkan­g,” katanya.

Najib berkata, cadangan pihak pembangkan­g disifatkan akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Sebab itulah seperti yang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebutkan tadi, pihak yang satu lagi (pembangkan­g) sebagai pihak yang haru-biru. Memanglah kalau membatalka­n segala kerjasama dengan China itu adalah satu langkah yang gila, tak siuman.

“Kerana politik nak buat sesuatu yang tak rasional yang akhirnya rakyat Malaysia yang akan menerima bahang buruk.

“Tetapi kalau kerajaan Malaysia, kerajaan pimpinan yang ada hari ini, kita akan terus memperjuan­gkan nasib semua termasuk tuan puan di Muar ini. Sebab Muar adalah tempat tumpuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia