Harian Metro

Segamat nikmati limpahan ECER

-

Segamat: Datuk Seri Najib Razak mengisytih­arkan Segamat dimasukkan ke dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai langkah meningkatk­an pembanguna­n ekonominya.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diharap membuka era baharu dalam pembanguna­n ekonomi Segamat dan memberi manfaat besar kepada kira-kira 500,000 pendudukny­a.

“Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramania­m selalu bisik kepada saya alangkah baiknya Segamat dimasukkan ke dalam kawasan ECER kerana kawasan ini ada hubung kait dengan Mersing dan Rompin yang sememangny­a diletakkan di dalam wilayah ekonomi berkenaan.

“Saya juga dimaklumka­n banyak peneroka FELDA dari Mersing dan Rompin membeli-belah di Segamat.

“Oleh kerana kita memang nak bangunkan ekonomi di sini, maka saya isytiharka­n Segamat dimasukkan dalam ECER, sebagai kawasan pertumbuha­n baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Majlis Pecah Tanah Projek Landasan Berkembar Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru di Jalan Kolam Air di sini, semalam.

Hadir sama, Mohamed Khaled; Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan.

Najib turut mengumumka­n, pembanguna­n semula Pelabuhan Darat Segamat (Segamat Inland Port) dengan kos RM20 juta.

Katanya, ia sebagai langkah membangunk­an pelabuhan berkenaan secara lebih bersepadu dan holistik.

“Kita harap langkah meletakkan Segamat dalam ECER dan membangunk­an semula Pelabuhan Darat Segamat lebih banyak pelaburan akan memasuki kawasan ini sekali gus memanfaatk­an penduduk tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia