Harian Metro

Muar diisytihar Bandar Perabot Malaysia

-

Muar: Datuk Seri Najib Razak, semalam mengisytih­arkan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia berikutan nilai potensinya yang tinggi kepada negara.

Selain itu, Perdana Menteri juga mahu melihat Program Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) dapat melonjakka­n lebih ramai usahawan.

Beliau berkata, ia juga penting supaya peluang berkenaan dapat dimajukan berdasarka­n penyertaan semua kaum di negara ini.

“Saya melihat potensi industri perabot dan kayu-kayan khususnya di Muar adalah sangat tinggi (pada) masa depan dari segi kemungkina­n yang dapat direalisas­ikan.

“Maka, saya sebut kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), kalau kita lancarkan MFP (Muar Furniture Park) saja hari ini (semalam), ia tidak mencermink­an wawasan dan potensi Muar. Jadi, saya kata kenapa tidak kita lonjakkan daripada MFP ini.

“(Jadi) saya dalam majlis ini ingin umumkan kerajaan mengisytih­arkan Muar sebagai (Bandar Perabot Malaysia). Ini adalah tawaran istimewa kepada tuan puan di Muar khususnya industri perabot di Muar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian MFP Pelancaran SuperBumi di Tapak Projek MFP di Batu 81/2, Jalan Bakri di sini, semalam.

Muar Furniture Park yang dibina di tanah seluas hampir 400 hektar adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri dan pihak industri berkaitan perabot untuk memperkasa­kan industri itu.

Ia adalah pusat pembanguna­n industri perabot secara bersepadu yang menempatka­n kilang perabot dengan pelbagai kemudahan utama seperti pusat pembekalan bahan mentah, pusat pameran, pusat reka bentuk dan pusat latihan.

Ia dijangka mampu mencatat nilai jualan sebanyak RM1.08 bilion dalam tempoh 10 tahun serta menyediaka­n 5,000 peluang pekerjaan.

 ?? FOTO: ?? NAJIB diiringi Mohamed Khaled (kiri) melihat pelan Muar Furniture Park yang dilancarka­n semalam.
FOTO: NAJIB diiringi Mohamed Khaled (kiri) melihat pelan Muar Furniture Park yang dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia