Harian Metro

Masa terbaik tebus maruah

-

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah masa terbaik untuk Barisan Nasional (BN) Kelantan menebus maruah dan ‘menghapusk­an arang di muka’ selepas 27 tahun negeri itu diperintah PAS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, melihatkan semangat rakyat Kelantan hari ini, beliau yakin BN mampu memperoleh kemenangan menerusi kerja keras dilakukan jentera parti.

“Ini masa dan ketikanya untuk kita merebut peluang selepas 27 tahun Kelantan diperintah PAS. Kita beruntung Kelantan diketuai Datuk Seri

Mustapa Mohamed.

“Mustapa seorang yang istiqamahn­ya tinggi, prestasi terbaik selain komitmen tinggi. Sekiranya dapat sokongan seluruh rakyat Kelantan, Mustapa berjanji akan melakukan transforma­si terhadap negeri ini,” katanya.

Lebih tiga tahun menunggu, akhirnya 35 mangsa banjir besar 2014 dapat menduduki kediaman baru selepas menerima kunci Rumah Kekal Baru (RKB), semalam.

Lebih manis, apabila kunci itu disampaika­n Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini.

Seorang penerima, Salahudin Adullah, 40, berkata, rumahnya di Sungai Sam di sini, musnah ketika bencana terbabit dan sejak itu, dia bersama isteri, Maheran Yusof, 35, dan dua anak mereka menyewa di Sungai Rek dengan kadar RM100 sebulan.

“Alhamdulil­lah, nasib saya sekeluarga dan mangsa banjir lain terbela apabila menerima kediaman sempurna di Kampung Manjor, hari ini (semalam).

“Saya sekeluarga tidak perlu lagi membayar sewa dan akan berpindah ke ru-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia